Acara D-AWARDS 2024 yang dinanti-nantikan akhirnya telah menobatkan pemenangnya! Anugerah D buat pertama kalinya berlangsung malam tadi, dianjurkan oleh Sports DongA dengan kerjasama UPICK. Majlis sulung ini diadakan pada 22 Februari di Hwajeong Gymnasium, Universiti Korea bagi menghargai artis yang menyerikan dunia K-pop sepanjang tahun lalu.
Dikendalikan oleh Go Min Si (Sweet Home) dan Lee Jong Won (Brewing Love), acara ini menghimpunkan bintang-bintang terbesar dalam industri hiburan.
Tahun ini, anugerah utama dikenali sebagai “D Awards Delights (Blue Label)”, yang diberikan kepada artis K-pop yang memberi impak sepanjang tahun lalu. Sementara itu, anugerah “D Awards Dreams (Silver Label)” diberikan kepada rookie yang bakal menerajui masa depan industri.
Selain itu, kategori khas “D Awards Fanpick” ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat di aplikasi UPICK. Pemilihan pemenang bagi semua anugerah berdasarkan gabungan undi dalam talian, jualan muzik dan album, serta penilaian panel pakar.
Tahun 2024 telah membuatkan ramai bintang K-pop bersinar dan dihargai. Boy group seperti ENHYPEN, RIIZE, dan ZEROBASEONE mencuri perhatian sepanjang malam, membawa pulang pelbagai anugerah. Kejayaan mereka terus memperkukuh era baharu K-pop yang semakin berkembang pesat. D Awards yang pertama telah menyaksikan ENHYPEN memenangi 5 anugerah, manakala ZEROBASEONE dan RIIZE masing-masing membawa pulang 4 anugerah. SM Entertainment menjadi penerima pertama ‘The Awards Iconic’, yang memberi pengiktirafan bermakna dan sokongan kepada ahli-ahli yang menjadi asas kepada K-pop global.
Untuk ENHYPEN, mereka memenangi D Awards Black Label Album of the Year menerusi album penuh kedua mereka, ROMANCE: UNTOLD. Selain itu, mereka juga menerima D Awards Delight Blue Label (Anugerah Utama), Best Tour, Best Group, dan UPICK Popularity Award – Best Male Group, menjadikan mereka penerima anugerah terbanyak pada malam itu.
Dalam ucapan mereka, ENHYPEN berkata, “Kami amat bersyukur menerima anugerah besar ini, semuanya kerana sokongan ENGENE. Kami sentiasa berusaha menghasilkan muzik yang terbaik, dan kemenangan ini memberi kami lebih semangat untuk terus bekerja keras tahun ini.” Mereka turut menambah, “Kami sedang merancang banyak perkara istimewa buat ENGENE. Nantikan persembahan yang lebih hebat daripada kami!”
Sepanjang malam anugerah, ENHYPEN membuktikan gelaran ‘kuasa besar pentas’ dengan persembahan yang bertenaga. Mereka memukau penonton dengan aksi penuh karisma dalam Daydream, menampilkan sisi matang melalui No Doubt, dan menghangatkan suasana dengan Scream, mempamerkan vokal mantap serta ad-lib nota tinggi.
Tahun lalu sahaja, ENHYPEN mencatat jualan luar biasa dengan lebih 5.45 juta album terjual, termasuk 2.97 juta unit bagi album penuh kedua mereka serta 1.49 juta unit bagi versi repackaged. Lebih membanggakan, mereka menduduki tempat ke-2 dalam 2024 Global Album Sales Chart dan tempat ke-4 dalam 2024 Global Albums Chart oleh IFPI, menjadikan mereka artis K-pop dengan kedudukan tertinggi dalam carta tersebut.
Manakala, RIIZE dan ZEROBASEONE masing-masing membawa pula empat dan tiga trofi kemenangan.
Berikut adalah senarai penuh pemenang tahun ini!
🏆 Pemenang Utama
🔹 Artist of the Year: SEVENTEEN
🔹 Album of the Year: ENHYPEN
🔹 Song of the Year: aespa ‘Supernova’
🔹 Record of the Year: ZEROBASEONE
🔹 Performance of the Year: RIIZE
🔹 Trend of the Year: QWER
🔹 Rookie of the Year: NCT WISH, TWS
🏆 D Awards Delights (Blue Label)
aespa, DAY6, ENHYPEN, FIFTY FIFTY, ILLIT, NCT WISH, N.Flying, NMIXX, P1Harmony, QWER, RIIZE, SEVENTEEN, TREASURE, tripleS, TWS, ZEROBASEONE
🏆 D Awards Dreams (Silver Label)
82MAJOR, BABYMONSTER, ILLIT, NCT WISH, TWS, UNIS, YOUNG POSSE
🏆 Anugerah Khas
🔹 D Awards Remark: KickFlip
🔹 D Awards Impact: Jo Yu Ri, Mimiminu, Seo Bum June
🔹 D Awards Iconic: SM Entertainment
🏆 Kategori Terbaik
🔹 Best Group: ENHYPEN, RIIZE
🔹 Best OST: N.Flying
🔹 Best Choreography: ILLIT, TWS
🔹 Best Band: DAY6, QWER
🔹 Best Video: aespa, RIIZE
🔹 Best Tour: ENHYPEN, TREASURE
🔹 Best Stage: P1Harmony, ZEROBASEONE
🔹 Discovery of the Year: 82MAJOR, FIFTY FIFTY, KickFlip, tripleS, UNIS, YOUNG POSSE
🏆 UPICK Popularity Award
🔹 Best Male Group: ENHYPEN
🔹 Best Female Group: tripleS
🔹 Best Male Solo: Lee Seung Yoon
🔹 Best Female Solo: Wendy (Red Velvet)
🔹 UPICK Global Choice (Male): Zhang Hao (ZEROBASEONE)
🔹 UPICK Global Choice (Female): Chaeyoung (TWICE)
Tahniah kepada semua pemenang! 🎉