Adakah Anda Bersedia? Squid Game: Musim 2 Dilancarkan di Netflix pada 26 Disember 2024
Rasai Permainan Ini di Stesen MRT Ampang Park dari 13 Disember 2024 Hingga 13 Januari 2025!
Permainan akan bermula!
Bersempena dengan pelancaran musim kedua Squid Game yang dinanti-nantikan pada 26 Disember, Netflix Malaysia telah bekerjasama dengan MRT Corp untuk menghadirkan pengalaman imersif di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bermula 13 Disember 2024 hingga 13 Januari 2025, dunia Squid Game dihidupkan semula di Stesen MRT Ampang Park (PY20).
Peminat dijemput untuk menghidupkan semangat ‘Pemain 456’ dalam siri elemen interaktif dan peluang bergambar yang diinspirasikan daripada rancangan ini – tetapi tanpa akibat yang membahayakan! Bertempat di aras concourse, peminat boleh mencipta semula pengalaman Squid Game, termasuk “Player Registration Grid” yang terkenal, Tangga Labirin yang ikonik, serta menyertai permainan baharu bersama Gi-Hun dan peserta lain. Orang ramai juga berpeluang menunjukkan kemahiran bermain ddakji untuk memenangi hadiah istimewa.
Sama seperti rancangan ini, acara ini berakhir dengan kaunter undian secara langsung, di mana peminat boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan permainan atau tidak, di bawah pengawasan ketat Pengawal Berbaju Merah Jambu.
View this post on Instagram
Dari 20 hingga 22 Disember (pada waktu-waktu tertentu sepanjang hari), anda boleh bertemu dengan “Ddakji Man” yang akan membuat recruitment drive di concourse Stesen MRT Ampang Park. Cabar beliau dalam permainan ddakji dan jika anda menang, anda akan menerima kad Touch ‘n Go edisi terhad Squid Game 2. Maklumat lanjut mengenai penampilannya boleh didapati di sini.
Masuk ke Stesen dengan Pengalaman Penuh Squid Game
Di dalam stesen, Pengawal Berbaju Merah Jambu menjaga dengan tegas gerabak khas untuk wanita daripada pelanggar peraturan. Sementara itu, naik tren Squid Game 2 di mana penumpang perlu memilih antara menyokong Gi-Hun atau Front Man. Tren khas Squid Game 2 (No. 206) ini akan beroperasi di Laluan MRT Putrajaya dari sekarang hingga 31 Januari 2025.
Di luar Stesen MRT Ampang Park, di Urban Skate Plaza, patung Young-hee berskala besar sedang menanti untuk bermain “Red Light, Green Light” bersama pemain berani bermula 20 Disember 2024 hingga 13 Januari 2025. Dengan ketinggian 22 kaki, dia akan memerhati dengan teliti sesiapa yang berani melintas laluannya. Jangan lupa bergambar bersamanya, tetapi ingat untuk berdiri tegak!
Untuk maklumat lanjut boleh semak di akaun Instagram MRT Malaysia dan Netflix Malaysia.
Masih Tak Cukup dengan Squid Game?
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan edisi terhad bertema Squid Game daripada jenama tempatan, Tealive dan Mister Potato!
Selain itu, muat turun Squid Game: Unleashed, permainan multiplayer battle royale baharu yang dilancarkan hari ini (17 Disember) pada jam 11:00 malam MYT. Gunakan kemahiran dan naluri untuk bertahan dalam permainan aksi ini yang diinspirasikan daripada siri popular ini. Squid Game: Unleashed boleh dimuat turun secara percuma, tanpa iklan, pembelian dalam aplikasi, atau langganan Netflix.
Untuk maklumat lanjut mengenai Squid Game: Musim 2, sila rujuk @netflixmy atau layari https://www.netflix.com/tudum/squid-game.