“Because You’re My Woman” Kembali Dengan Versi 2024, Gandingan Lee Seung Gi & Cha Eun Woo

Penyanyi dan pelakon Cha Eun Woo akan berduet dengan Lee Seung Gi dalam lagu hitnya, “Because You’re My Woman”!

Pada 26 November, Lee Seung Gi memberi bayangan tentang duet mereka dengan memuat naik gambar bersama Cha Eun Woo disertakan kapsyen, “Versi 2024 ‘Because You’re My Woman’ yang dinyanyikan oleh lelaki muda sebenar, akan datang tidak lama lagi.

Cha Eun Woo daripada ASTRO akan menyanyikan lagu “Because You’re My Woman (With Cha Eun Woo),” yang dimuatkan dalam album ulang tahun ke-20 Lee Seung Gi bertajuk “With” dan dijadualkan dilancarkan pada 4 Disember.

Lagu “Because You’re My Woman,” yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2004 sebagai lagu debut Lee Seung Gi, menerima sambutan luar biasa. Kini, selepas 20 tahun, lagu ini diolah semula sebagai duet buat pertama kali, dengan Cha Eun Woo membawa sentuhan unik melalui suara merdunya, emosi halus, dan interpretasi tersendiri

Lee Seung Gi sebelum ini telah mendedahkan senarai lagu dalam album “With” di akaun media sosial rasminya. Berdasarkan senarai itu, lagu pertama album ini bertajuk “Turn Back Time” menampilkan Lyn, “Because You’re My Woman” menampilkan Cha Eun Woo, “Delete” menampilkan Isu, “Words That Are Hard to Say” menampilkan Captain Planet, dan “Unfinished Story” menampilkan Lee Mu Jin.

Penulis tidak sabar menantikan bagaimana lagu ini akan diberi nafas baru sambil mengekalkan daya tarikannya agar tetap relevan dengan selera pendengar masa kini. Dengan pemilihan Cha Eun Woo, sudah pasti kedua-dua peminat mereka mengharapkan sesuatu yang luar biasa, apatah lagi dengan aura dan penampilan Cha Eun Woo yang sering kali berjaya menarik perhatian ramai. Paduan dua suara ini pastinya akan memikat telinga pendengar.

Sumber : 1

loading...