Song Joong Ki dan isterinya, Katy Louise Saunders, meraikan anak kelahiran kedua mereka, menurut satu kenyataan dikeluarkannya menerusi laman komuniti peminat semalam.
“Saya berada di Rome,” tulisnya. “Sudah setahun lebih saya bertemu dengan anak sulung, dan syukur, kali ini saya bertemu dengan bayi yang comel ini pula. Anak perempuan ini dilahirkan dengan sihat belaka. Kedua-dua anak bini saya sihat walafiat dan sedang berehat sepenuhnya,” sambungnya lagi.
Song Joong Ki kini sedang membintangi drama JTBC terbaru berjudul, “My Youth” bergandingan bersama Chun Woo Hee.
Baca sini: Song Joong Ki dan Chun Woo Hee akan bintangi drama baru bersama
Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders mula berpacaran sejak berjumpa kali pertama melalui perkenalan kawan. Mereka bagaimanapun terus melangsungkan perkahwinan mengejut pada Januari 2023 setelah Saunders didapati hamil.
Sumber: joongangdaily