SBS telah mengumumkan Park Hyung Sik, Heo Joon Ho dan Gong Jiho akan membintangi drama terbaru mereka “Treasure Island”.
Pada 13 September, SBS secara rasmi mengesahkan bahawa Park Hyung Sik dan Heo Joon Ho akan memegang peranan utama dalam drama yang akan datang.
“Treasure Island,” mengisahkan tentang seorang lelaki yang berjaya menggodam akaun dana politik bernilai 2 trilion won (kira-kira $1.5 bilion). Namun, lelaki yang membunuhnya tidak menyedari bahawa dia telah digodam, lalu secara tidak sengaja kehilangan keseluruhan 2 trilion won tersebut. Drama ini akan ditulis oleh penulis “Money Flower,” Lee Myung Hee, dan diarahkan oleh pengarah “Military Prosecutor Doberman,” Jin Chang Gyu.
Park Hyung Sik akan membintangi watak Seo Dong Joo, ketua pasukan Hal Ehwal Awam pengerusi Kumpulan Daesan. Walaupun dia kelihatan sebagai “anggota setia” Kumpulan Daesan di luar, Seo Dong Joo sebenarnya mempunyai cita-cita tinggi dan bersedia untuk mengambil peluang untuk menguasai Kumpulan Daesan sepenuhnya.
Heo Joon Ho akan melakonkan watak profesor kaya dan berkuasa besar, Yum Jang Sun, yang sebelum ini merupakan ketua Perkhidmatan Perisikan Nasional (NIS). Yum Jang Sun mengawal para penggubal undang-undang dari belakang dan secara diam-diam memegang kuasa di seluruh masyarakat, serta menikmati kemampuannya untuk menggerakkan orang seperti boneka mengikut kehendaknya.
Manakala, pada 30 September, agensi Gong Jiho, P& Studio, mengumumkan bahawa pelakon ini akan membintangi drama “Treasure Island” bersama Park Hyung Sik dan Heo Joon Ho. Untuk pengetahuan, Gong Jiho merupakan bekas ahli kumpulan Oh My Girl dan kini bergerak aktif sebagai pelakon.
“Treasure Island,” yang sudah pun memulakan penggambaran, dijadualkan untuk tayangan perdana pada tahun 2025.