Kumpulan Tarian Jepun Avantgardey Bakal Mengadakan Persembahan Debut Secara ‘Live’ Di Kuala Lumpur, Disember Ini!

Avantgardey, kumpulan tarian dari Jepun yang terkenal dengan seragam sekolah misteri dan rambut pendek, dengan bangganya mengumumkan persembahan debut mereka secara langsung di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Asia yang sangat dinantikan.

Dianjurkan oleh 43 dan Sum Supreme Media (HK), dengan Westec Media sebagai Penganjur Bersama, siri jelajah Asia Avantgardey di Malaysia akan berlangsung pada 22 Disember, pukul 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Kumpulan tarian wanita popular dari Osaka ini, yang terdiri daripada 17 penari berbakat dan ekspresif, telah memikat dunia dengan persembahan mereka di America’s Got Talent. Dikenali kerana gerakan tarian yang diselaraskan dan ekspresi lucu, kumpulan ini meraih populariti di seluruh dunia. Kejayaan mereka di pentas tersebut telah menjadi viral, memperoleh pengikut antarabangsa yang ramai serta pengiktirafan Vogue Japan sebagai bintang baru pada tahun 2023. Pencapaian ini mengukuhkan status Avantgardey sebagai kekuatan utama dalam dunia tarian.

Untuk maklumat tambahan, Avantgardey mula mencuri perhatian peminat tempatan sekitar bulan Ramadhan lepas apabila turut ikut serta menyertai video viral lagu raya “Alamak! Raya lagi” nyanyian De Fam. Kelincahan mereka menari membuat peminat terhibur.

@avantgardey_

あらま〜👩🏻👩🏻👩🏻 @nona @マッチャンアバンギャルディ @oya #avantgardey #アバンギャルディ

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Avantgardey akan mempersembahkan pertunjukan selama 80 minit yang menampilkan kreativiti dan ekspresi luar biasa, serta gabungan visual yang memukau. Ini merupakan peluang keemasan bagi penonton di Malaysia untuk menyaksikan bakat mereka secara langsung.

Penganjur menawarkan Pakej Meet & Greet pada harga RM880, yang merangkumi satu tempat CAT 1 di lima baris pertama, akses ke Sesi Hi-Wave, Polaroid Bertandatangan, dan Gambar Kumpulan 1:1 dengan ahli. Pakej ini boleh didapati dari 17 September hingga 19 September 2024.

Untuk makluman, jualan tiket umum akan dibuka pada 22 September 2024 melalui Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/43/avantgardeyasiatourmy. Pemegang tiket berpeluang memenangi faedah-faedah peminat. “Individu yang melebihi ketinggian 80cm perlu membeli tiket untuk kemasukan.

Harga tiket adalah seperti berikut:
∙ RM680 (VIP Box Pass)
∙ RM480 (Tempat Premium – Duduk)
∙ RM480 (CAT 1 – Duduk)
∙ RM380 (CAT 2 – Duduk)
∙ RM280 (CAT 3 – Berdiri Bebas)

Ikuti perkembangan terkini dan dapatkan semua aksi di media sosial seperti berikut: 
● Facebook: Avantgardey Asia Tour Malaysia
● Instagram: @Avantgardey_AsiaTour_Malaysia
● X: @AvantgardeyMY
● Xiaohongshu: Avantgardey Asia Tour MY

loading...