Ini dia 3 elemen msiteri yang penonton harus perhatikan dalam “Perfect Family”

Siri “Perfect Family” nampanya semakin memikat penonton dengan rangkaian misteri dan ketegangan yang rumit!

Berdasarkan webtoon popular, “Perfect Family” merupakan sebuah drama misteri baharu tentang sebuah keluarga yang kelihatan bahagia dan sempurna yang mula mencurigai antara satu sama lain apabila anak perempuan mereka terlibat dalam insiden pembunuhan. Park Ju Hyun memegang watak Choi Sun Hee, seorang pelajar cemerlang yang menduduki tempat pertama di sekolahnya, manakala Kim Byung Chul dan Yoon Se Ah memainkan watak ibu bapa angkatnya, Choi Jin Hyuk dan Ha Eun Joo.

Spoiler

Sebelum ini, penonton melihat Choi Sun Hee bergelut dengan kematian seorang rakannya, dan ianya merupakan detik permulaan mimpi ngeri apabila dinamakan sebagai suspek dalam kes itu. Misteri yang semakin mendalam mendedahkan butiran baharu yang mencurigakan, membuatkan semua orang mempersoalkan kebenaran.

Berikut ialah tiga elemen utama yang mendorong ketegangan dalam “Perfect Family”:

1. Kelakuan Kim Byung Chul dan Yoon Se Ah yang mencurigakan

Ha Eun Joo pada mulanya terkejut apabila mengetahui bahawa anak perempuannya, Sun Hee, mungkin telah membunuh seseorang, tetapi dengan pantas kembali tenang. Jin Hyuk juga kekal tenang apabila polis datang untuk menyiasat pembunuhan yang melibatkan Sun Hee. Menambahkan lagi misteri, telefon dan buku kerja yang ditinggalkan Sun Hee di rumah Park Kyung Ho (Kim Young Dae) pada hari kejadian, entah bagaimana muncul semula di rumah mereka.

Dalam episod 4, Jin Hyuk bertanya kepada Eun Joo, “Adakah kita perlu meneruskan rancangan itu?” Soalan samar ini membuatkan penonton terpinga-pinga, tertanya-tanya sama ada pasangan itu cuba menyembunyikan pembunuhan atau melindungi anak perempuan mereka. Tindakan mereka hanya menambahkan rasa tidak senang yang semakin meningkat.

2. Park Ju Hyun yang mengejar kebenaran

Sun Hee berada di tempat kejadian apabila Kyung Ho meninggal dunia dan juga mengaku membunuhnya, sekaligus meningkatkan ketegangan dan menyerlahkan setiap pergerakannya. Apabila ibu bapanya mula bertindak lebih mencurigakan, Sun Hee memutuskan untuk membongkar kebenaran.

Dia akhirnya memasuki bilik rahsia yang dilarang oleh ayahnya. Di dalam bilik itu, dia menjumpai bingkai foto yang memaparkan gambar kanak-kanak kecil yang menimbulkan rasa ingin tahunya. Bertekad untuk mencari jawapan, Sun Hee melawat Puan Han (Jeon Guk Hyang) untuk mengetahui lebih lanjut tentang misteri foto keluarga itu ditemani Ji Hyun Woo (Lee Si Woo)  yang bertekad untuk membantunya. Gambar lama itu menunjukkan bapa Sun Hee – Jin Hyuk, ibunya Ha Eun Joo, Cik Han, dan seorang budak lelaki yang tidak dikenali.

Satu lagi detik yang mencemaskan berlaku apabila Sun Hee menjumpai rantai kunci di dalam kereta bapanya, yang telah diambil daripadanya oleh Soo Yeon (Choi Ye Bin) dan kemudian hilang. Semakin dalam Sun Hee menggali kebenaran, semakin berselirat rangkaian syak wasangka dan kejadian aneh.

3. Tindakan rahsia Choi Ye Bin

Soo Yeon menekan Sun Hee untuk mengakui sesuatu yang dia tidak lakukan, menuntutnya membayar semula hutang ketika di zaman kanak-kanaknya. Tingkah lakunya yang mencurigakan bertambah apabila dia muncul di tempat kejadian sehari selepas kebakaran di rumah Kyung Ho, hanya untuk menghilangkan diri selepas bertentang mata dengan polis. Keberadaannya semakin tidak jelas.

Selepas pergi ke balai polis untuk menyerahkan diri, Soo Yeon hilang secara misteri sekali lagi, kali ini selepas menaiki kereta hitam bersama orang yang tidak dikenali. Pada malam itu, dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, selepas dipukul di kepala dengan tukul, membuatkan semua orang tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya. Ketika Sun Hee bersungguh-sungguh mencarinya, dia menerima mesej daripada Soo Yeon. Sun Hee bergegas ke sekolah, tetapi Soo Yeon tidak ditemui, sekaligus menjadikannya lebih misteri.

Episod “Perfect Family” seterusnya akan disiarkan pada 28 Ogos dan boleh ditonton menerusi platform Viu Malaysia dan Viki.

Sumber : 1

loading...