5 sebab ini akan buat anda jatuh hati dengan “No Gain No Love”

Drama rom-com terbaru yang dinanti ramai kerana barisan pelakonnya yang hebat dan jalan cerita yang unik akan ditayangkan tidak lama lagi. Satu sidang akbar bersama media tempatan di Seoul telah diadakan bagi berkongsi tentang drama “No Gain No Love”. Sidang media tersebut dihadiri oleh pengarah Kim Jung-sik, Shin Mina, Kim Young-dae, Lee Sang-yi, dan Han Ji-hyeon,

Bertemakan komedi romantik, siri ini mengisahkan tentang Son Hae-yeong (Shin Mina) yang cuba untuk tidak kalah dalam setiap aspek kehidupannya. Dia akan berdepan dengan Kim Ji-uk (Kim Young-dae) yang bertentangan dengannya yang mahu mengelak daripada menyakiti orang lain, walaupun dengan mengorbankan dirinya sendiri. Selain Son Hae-young dan Kim Ji-uk  siri ini tutuy menampilkan gandingan kedua iaitu CEO Bok Gyu-hyun (Lee Sang-yi) yang bosan dengan cinta dan penulis novel web Nam Ja-yeon (Han Ji-hyeon) yang tidak berpengalaman dalam cinta tetapi sangat mahir mengarang cerita cinta.

Terdapat banyak perkara yang harus dinantikan dan diberi perhatian selain lebih banyak watak menarik, percintaan yang cukup mendebarkan, jalan cerita yang menyentuh hati dan penuh keseronokan. No Gain No Love akan tersedia di Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara dan wilayah di seluruh dunia. Jom ketahui, kenapa siri ini mesti ditonton.

1. Ratu Rom-Com Shin Mina, kembali

Shin Mina

Ratu komedi romantik terkenal Shin Mina kembali selepas 2 tahun, dan ini akan menjadi karakternya yang paling menyegarkan. Rakan pelakon lain juga tidak menyangkal kehebatan Shin Min dalam memberi sentuhan magis dalam setiap drama selain turut menyatakan rasa kagum terhadapnya.

Saya membayangkan Shin Mina ketika membaca skrip drama ini. Saya rasa hanya dia yang boleh memainkan Hae-yeong.

– Pengarah Kim Jung-sik

Ini adalah peluang berharga untuk bekerja dengan Shin Mina, jadi saya tidak fikir panjang dan terus menerimanya. Sejak kali pertama saya bertemu Shin Mina, saya sangat gementar. Saya mengikuti kerjaya lakonannya sejak saya di sekolah menengah. Dia sangat terkenal dan cantik.

– Kim Young-dae

Han Ji-hyeon menyuarakan perasaan ini, berkata,

Saya sangat teruja dan gembira bertemu Shin Mina. Dia adalah idola saya. Ianya seakan impian menjadi kenyataan apabila dapat bertemu daan berlakon dengannya. Maklumlah, sebelum ini saya hanya melihatnya di kaca TV saja.

Jika barisan pelakon sendiri yang memberikan pujian yang tinggi kepada Shin Mina dan mengaguminya, jadi tidak ada alasan lagi untuk anda tidak menonton lakonannya dalam siri komedi romantik terbaru ini.

2. Karakter Yang Menarik

Dari kiri: Shin Mina, Kim Young-dae, Lee Sang-yi, Han Ji-hyeon

Watak-watak dalam “No Gain No Love” sangat unik dan mempunyai latar belakang yang menarik.

Hae-yeong seorang yang suka berkira-kira dan memikirkan sama ada sesuatu perkara akan mendatangkan mudarat kepadanya. Dia ada peraturannya sendiri, dia bijak dan tegas.

– Shin Mina

Ji-uk ialah pekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka. Dia adalah berlawanan dari Hae-yeong, yang tidak mahu menyakiti orang lain walaupun dia mengalami kerugian.

– Kim Young-dae

Watak saya adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KKULBEE Education, Bok Gyu-hyun. Dia tidak percaya cinta dan jodoh kerana apa yang berlaku kepada ibu bapanya. Dia mahu kekal bujang.

– Lee Sang-yi

Ja-yeon tidak pernah bercinta dan seorang penulis novel web bertaraf R yang fokus pada percintaan.

– Han Ji-hyeon

Setiap watak adalah berlainan dan mempunyai pendirian yang berbeza dalam soal cinta serta kehidupan antara satu sama lain. Jadi, anda akan dapat melihat sisi berbeza  dan mungkin serupa dengan sudut pandangan anda dalam setiap empat karakter ini.

3. Hubungan Pelbagai

Dari kiri: Shin Mina, Kim Young-dae, Lee Sang-yi, Han Ji-hyeon

Dengan watak yang begitu menarik, agak munasabah untuk mengatakan bahawa hubungan antara mereka akan menghiburkan juga.

Watak-wataknya sangat pelbagai. Kisah cinta di pejabat antara Ji-uk yang tidak mahu menyakiti dan Hae-yeong yang tidak mahu mengalami sebarang kehilangan. Tidak lupa juga dengan kisah cinta antara chaebol generasi ketiga, Gyu-hyun yang tidak mempunyai sel-sel cinta dan Ja-yeon yang membujang sepanjang hidupnya tetapi pandai menulis kisah cinta. Apa yang pasti, ada kisah cinta yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

– Pengarah Kim Jung-sik

Ada banyak jenis hubungan yang menyenangkan dan berbeza seperti mereka yang bercinta, berkahwin, keluarga, adik-beradik dan lain-lain. Ianya satu keseronokkan untuk menyaksikan bagaimana hubungan ini berubah. Anda boleh melihat pelbagai jenis cinta. Jadi, sila nantikannya.

– Lee Sang-yi

Dengan karakter yang kaya dan penceritaan yang memfokuskan hubungan, ada banyak perkara untuk dinikmati oleh penonton.

4. Berhubung kait & Penuh Gelak Tawa

Dari kiri (mengikut arah jam): Shin Mina, Kim Young-dae, Han Ji-hyeon, Lee Sang-yi

Siri rom-com sejati tidak akan kedekut dengan elemen komedi, tetapi mengimbanginya dengan kesalinghubungan. Anda tidak perlu risau kerana “No Gain No Love” akan menunjukkan kepada anda apa yang terbaik dari kedua-dua elemen tersebut.

Saya berminat dengan aspek kemanusiaan dalam perhubungan itu. Saya fikir ia akan  menyentuh penonton dan mereka akan dapat mengaitkannya dengan mudah. Skrip itu sendiri menyeronokkan, jujur, comel dan menarik. Bait-bait dialog Hae-Yeong juga sangat menyegarkan.

– Shin Mina

Dia selanjutnya bercakap tentang bagaimana watak nya yang tidak menahan diri dan mengeluarkan kata-kata kasar apabila perlu.

Pengarah Kim Jung-sik menggelar Shin Mina sebagai ratu komedi dan seterusnya memujinya pelakon tersebut.

Saya terkejut melihat betapa mesranya Shin Mina. Anda akan terkejut dan akan dapat melihat sisi lain dari dirinya.

Selain itu, Lee Sang-yi  sempat mengusik tentang adegan komedi yang akan dilakonkan bersama pembantu peribadinya (PA) dengan berkata, “

Hubungan watak saya dengan PA  seperti Tom dan Jerry. Mereka seperti kawan dan mempunyai hubungan yang sangat baik. Karakter saya akan selalu memanggilnya tidak kira masa.

5. Kisah Cinta Unik & Banyak Lagi untuk Nantikan

Dari kiri: Kim Young-dae, Shin Mina, Pengarah Kim Jung-sik, Han Ji-hyeon, Lee Sang-yi

Sekarang kita akan bercakap tentang kisah cinta. “No Gain No Love” yang menampilkan cadangan perkahwinan palsu yang unik daripada Hae-yeong supaya dia tidak mengalami sebarang kerugian. Cadangannya semakin tak masuk akal apabila Ji-uk benar-benar menerima. Keadaan menjadi rumit apabila Ji-uk akhirnya bekerja di tempat yang sama dengan Hae-yeong selepas perkahwinan palsu mereka.

Shin Mina berseloroh,

Perkahwinan palsu dan percintaan pejabat antara watak saya dan Kim Young-dae adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Kisah cinta Lee Sang-yi dan Han Ji-hyeon juga sangat menyeronokkan.

Siri “No Gain No Love” akan tersedia dengan sari kata dalam 26 bahasa berbeza serta alih suara dalam 10 bahasa berbeza di Prime Video. Ini akan menjadi tontonan yang menghiburkan setelah penat berdepan dengan mood ‘Monday Blues.’ “No Gain No Pain” akan bersiaran bermula 26 Ogos dengan sepisode baharu tersedia pada setiap Isnin dan Selasa, di Prime Video Malaysia.

loading...