Geum Sae Rok akan sertai Kim Jung Hyun dan Sungyeol INFINITE untuk drama terbaru KBS

Geum Sae Rok akan membintangi drama akan datang “Iron Family” (tajuk literal) bersama Kim Jung Hyun dan Sungyeol INFINITE!

Pada 18 Julai, KBS2 “Iron Family” yang merupakan drama hujung minggu telah mengumumkan di mana pelakon Geum Sae Rok telah disahkan untuk membintangi drama tersebut sebagai pelakon utama wanita.

Ditulis oleh penulis skrip Seo Sook Hyang dari “Pasta,” “Don’t Dare to Dream” (juga dikenali sebagai “Jealousy Incarnate”), dan “Wok of Love,” “Iron Family” ialah sebuah komedi gelap yang mengisahkan tentang keluarga yang menjalankan perniagaan dobi selama tiga generasi. Suatu hari, mereka mendapat wang yang tidak dijangka secara kebetulan, yang membolehkan mereka hidup dalam kemewahan dan mengejar impian mereka.

Geum Sae Rok akan memainkan watak Lee Da Rim, anak bongsu Clean Laundry yang dikendalikan oleh tiga generasi. Da Rim menghidap penyakit yang tidak dapat diubati yang mana secara beransur-ansur penglihatannya semakin memburuk sejak berusia 14 tahun. Walaupun dia cacat penglihatan, Da Rim tetap berani dan yakin. Da Rim secara tidak sengaja menjumpai penawar untuk penyakitnya, tetapi dia kecewa dengan kos rawatan yang sangat mahal. Pada suatu hari, Da Rim bertemu semula dengan Seo Kang Joo (Kim Jung Hyun), seseorang yang pernah dia berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan, buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun, dan mereka menyambung semula hubungan mereka.

Sebelum ini, Kim Jung Hyun dan Sungyeol INFINITE telah menyatakan persetujuan untuk membintangi drama ini. Dalam drama ini, Kim Jung Hyun akan memainkan watak Seo Kang Joo, pengarah urusan Jiseung Group dan merupakan anak kepada keluarga terkaya di Cheongnyeom-dong. Dia juga telah memberi kepercayaan kepada ‘Cheongnyeom Laundry’ untuk menguruskan sut dan baju termahalnya.  Tidak seperti pewaris chaebol biasa, wataknya menghargai hubungan manusia lebih daripada wang ringgit, sekaligus menjanjikan pesona baru untuk penonton.

Manakala, Sungyeol akan memainkan watak Choi Hyung Chul, seorang leftenan di Balai Polis Cheongrim. Walaupun seorang lulusan akademi polis yang berbakat, dia dianggap sebagai ahli keluarga yang paling tidak berjaya, di mana bapanya seorang profesor, ibunya seorang pelukis, abangnya seorang pendakwa, dan kakaknya seorang doktor. Bagaimanapun, dia bangga dengan kerjanya sebagai pegawai polis. Dalam drama ini, Choi Hyung Chul menjalinkan hubungan romantis dengan rakan pegawai wanita di stesen itu.

Lebih ramai bintang termasuk Choi Tae Joon dan Yang Hye Ji dilaporkan akan membintangi drama itu, namun masih belum menyatakan keputusan akhir mereka. “Iron Family” akan ditayangkan pada bulan September bagi menggantikan tayangan “Beauty and Mr. Romantic.”

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...