Anugerah MAMA 2024 umum tarikh dan tempat; akan diadakan di A.S. buat kali pertama

Anugerah MAMA 2024 akan kembali lagi dengan suasana yang agak berlainan dan istimewa.

Pada 18 Julai, Mnet mengumumkan bahawa Anugerah MAMA 2024 akan diadakan selama tiga hari di Amerika Syarikat dan Jepun.

Malam pertama Anugerah MAMA 2024 akan berlangsung di Teater Dolby yang terkenal di Los Angeles pada 21 November. Teater Dolby adalah sebuah tempat yang  menganjurkan Anugerah Akademi (Academy Awards) pada setiap tahun. Untuk pengetahuan, tahun ini akan menandakan kali pertama Anugerah MAMA diadakan di Amerika Syarikat.

Sementara itu, malam kedua dan ketiga majlis anugerah itu akan diadakan di Kyocera Dome di Osaka pada 22 dan 23 November KST.

Nantikan maklumat lanjut tentang anugerah tahun ini!

loading...