(Update) Isaac KPOP Idol Pertama dari Malaysia bakal Debut Bersama IN2IT Hujung Bulan Ini

IN2IT akan membuat debut mereka pada 26 Oktober ini menerusi album berjudul “Carpe Diem.

IN2IT adalah kumpulan terakhir yang dipilih dari program realiti BOYS24, dan ahlinya terdiri daripada Hwang Inho, Jeong Yeontae, Kim Jinsub, Kim Sunghyun, Yoo Youngdoo, Issac, Lee Inpyo, dan Han Hyunuk.

Sebelumnya, Jin Sungho yang juga finalis BOYS24 umum meninggalkan kumpulan tersebut.

IN2IT kini bernaung di bawah agensi MMO Entertainment. Nama kumpulan IN2IT ini disebut “in-to-it,” yang datang dari frasa perkataan bahasa Inggeris “into” dan dari permulaan perkataan “intuition”  yang bermaksud  untuk memahami gerak hati atau naluri sesuatu. Menggabungkan kedua-dua ini, IN2IT bermaksud sejauh mana gerak hati atau suara hati para peminat  untuk menerima mereka dan akhirnya akan menjadi sebahagian dari mereka.

Bermula pada 10 Oktober yang lalu, kumpulan itu telah mula berkongsi  beberapa foto, dan juga klip video pendek.

Han Hyunuk

Kim Sunghyun

Hwang Inho

Jiahn @ Yoo Youngdoo

Yeontae

Isaac

Trivia Isaac
  • Isaac adalah rakyat Malaysia yang pertama berjaya menjadi KPOP idol menerusi rancangan realiti BOYS24 di Korea .
  • Nama penuh beliau Isaac Voo Kai Meng dan dilahirkan pada 12th December 1994
  • Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak bongsu dalam keluarga
  • Sebelum menyertai “BOYS24”, beliau adalah seorang daripada 4 finalis dalam uji bakat AlphaBAT di Malaysia.
  • Bekas pelajar Sekolah Menengah Lok Yuk dan merupakan sebahagian daripada pasukan bola tampar sekolah.
  • Oppa Malaysia ini berusia 23 tahun dan mula menari pada usia 17 tahun.
  • Pernah menyertai 2015 SM Global Audition di Singapura.
  • Nama fandomnya adalah Sparkle
 Lee  Inpyo

Kim Jinsub

Kepada peminat  BOYS24 dan IN2IT boleh follow mereka di Twitter, Facebook, IG, YouTube

sumber : Naver  ISAAC Malaysia’s Facebook page

loading...