Apa dah jadi pada BigBang? Ini jawapan jujur Daesung

Rasanya ramai yang ingin tahu apa yang telah terjadi pada BigBang. Jadi, menerusi soalan yang dikemukakan oleh penonton, Daesung telah menjawabnya dengan jujur.

Pada episod 24 Mei ‘ZIP Daesung’, ahli Big Bang itu telah melawat salah satu restoran sushi yang paling kerap dikunjunginya di Osaka dan meluangkan masa menjawab soalan yang dihantar oleh pelanggan saluran YouTubenya.

Salah satu soalan yang ditanya ialah, “Apa yang berlaku kepada Big Bang?”.

Buat masa ini, beginilah seperti apa yang dah berlaku. Namun begitu, anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Saya sendiri pun tak boleh nak pastikan apa yang akan berlaku. Saya sangat berhati-hati dalam membincangkan perkara ini kerana ia bukan masa yang sesuai untuk mengatakannya.

Yang pasti, apa yang saya katakan tidak mewakili pendapat ahli BigBang yang lain. Ia adalah pendapat peribadi saya sendiri. Apa yang dapat saya katakan, jika kita bekerja keras dalam bidang di mana kita masing-masing boleh bekerja, saya rasa akan ada satu peringkat di mana kita boleh bekerjasama semula dalam masa terdekat ini.

Ketika ditanya adakah BigBang akan buat kemunculan semula, ini yang dikatakan oleh Daesung.

Saya benar-benar tidak pasti apa yang akan berlaku. Kami pun belum lagi bercakap mengenainya (kemunculan semula). Macam yang saya katakan tadi, ia bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya. Tiada siapa yang akan tahu bila ianya akan berlaku. Tetapi ia tidak bermakna kami tidak pernah bercakap tentang masa depan.

Apabila ditanya mengenai khabar angin di kalangan peminat bahawa BigBang mungkin mengadakan konsert solo, ini jawapan Daesung.

Saya tidak dapat memberikan jawapan kepada anda untuk itu, kerana kami tidak bercakap mengenainya lagi. Tetapi ianya tidak mustahil. Cuma saya tak tahu bila ia akan terjadi. Malah ahli-ahli lain pun tiada jawapan untuk itu.

Krew produksi berkata, “Awak sendiri pun tidak pasti, jadi apa gunanya memberitahu saya?” Daesung berkata, “Walaupun kami cuma beza setahun, saya tetap yang bongsu. Jadi sya tak boleh mewakili kedudukan abang-bang saya.”

Sumber : 1 | 2

loading...