Setelah 9 tahun bercinta, penyanyi dan penulis lagu Paul Kim umum akan berkahwin

Nampaknya Paul Kim akan berkahwin tidak lama lagi.

Pada 25 April, Paul Kim menyiarkan surat bertulis tangan yang mengumumkan perkahwinannya di laman web rasminya. Penyanyi itu bakal memulakan hidup baru dengan kekasih yang sentiasa menyokongnya selama ini.

Surat penuh beliau adalah seperti berikut:

Helo, ini Paul Kim.

Saya menulis ini kerana saya mahu menjadi orang pertama yang menyampaikan berita ini kepada Paul in Love [nama fandom].

Saya telah memikirkan perkataan yang sesuai untuk menyatakan fikiran saya. Saya masih agak gementar, tetapi saya kuatkan hati untuk berkongsi berita ini dengan anda.

Lagu-lagu yang saya mula tulis dengan harapan untuk mencari kebahagiaan dalam hidup telah memberikan saya pelbagai pengalaman dan emosi.

Walaupun saya telah menerima sokongan dan galakan daripada ramai orang, Paul in Lovelah yang menjadi sumber kekuatan terbesar kepada saya apabila saya menghadapi kelemahan saya sendiri.

Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa memahami dan mempercayai saya, walaupun saya tidak mempunyai keupayaan untuk menyatakan diri sepenuhnya, saya boleh menjadi diri saya yang sebenar.

Saya sentiasa berterima kasih kepada Paul in Love kerana sentiasa berada di sisi saya dikala senang dan juga memberi saya keberanian dikala susah.

Ada kalanya saya sukar untuk menunjukkan bahagian diri yang saya tidak suka di hadapan ramai orang. Namun, saya kemudian bertemu dengan seseorang yang selalu memberitahu saya bahawa semuanya baik-baik saja.

Sembilan tahun telah berlalu sejak saya bertemu seseorang yang memahami dan menyokong saya apa adanya, dengan segala keterbatasan dan ketidaksempurnaan saya, dan kini saya merancang untuk menghabiskan hidup saya dengan si dia. Kami telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan dan ianya telah mendapat keizinan dari kedua-dua keluarga.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka di sekeliling saya yang telah menyokong keputusan saya dan memberi nasihat yang tulus ikhlas.

Saya faham bahawa sesetengah daripada anda mungkin terkejut dengan berita mengejut ini, dan saya juga turut bersedih.  Walau bagaimanapun, saya tidak sabar untuk melalui detik-detik yang akan datang dengan tangan terbuka, berdepan dengan emosi baharu, belajar dan berkembang.

Seperti biasa, saya akan terus berkembang dan menunjukkan versi terbaik saya, dan saya tidak akan pernah lupa betapa bersyukurnya saya atas dukungan yang saya terima sebagai penyanyi Paul Kim.

Terima kasih Paul in Love untuk kasih sayang dan cinta yang tidak terhingga ini yang diberikan pada setiap masa.

Terima kasih juga kerana telah membaca surat panjang saya.

Sumber : 1

loading...