9 drama Korea terbaru akan memulakan tayangan sepanjang Januari 2024

Annyeong, chinguyaa~~ Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tahun 2023 melabuhkan tirainya. Dengan kesempatan ini, kami ingin mengucapkan kepada anda semua Selamat Menempuh Tahun Baru 2024. A new chapter, new life, new hope and new love is about to beginAs usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama pertama untuk tayangan 2024.

Well, sepanjang Januari 2024 ini, ada 9 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. Marry My Husband

  • Tarikh Tayangan: 1 Januari 2024
  • Penyiar: Prime Video
  • Barisan Pelakon: Park Min Young, Na In Woo, Lee Yi Kyung, Song Ha Yoon

Melodrama fantasi ini berkisarkan tentang Kang Ji-won (Park Min-young), seorang wanita muda yang bekerja terlalu keras. Dalam masa yang sama perkahwinannya berantakan kerana si suami Park Min-hwan (Lee Yi-kyung) dan permintaan ibunya yang mementingkan diri sendiri. Pada suatu hari, Ji-won mendapati bahawa dia menghidap kanser yang serius, dan tidak lama selepas itu menyaksikan suami dan rakannya Jung Soo-min (Song Ha-yoon) mempunyai hubungan sulit.  Berdepan dengan pertengkaran fizikal di antara suami dan kawan baiknya,  Ji-won secara tidak sengaja dibunuh oleh suaminya.

Namun, apabila Ji-won membuka matanya dia tiba-tiba mendapati dirinya berada pada tempoh sepuluh tahun yang lalu, iaitu sebelum dia berkahwin dengan Min-hwan. Berharap untuk mengubah nasibnya, dia memutuskan untuk membawa pasangan yang berselingkuh itu bersama-samanya. Ketika Ji-won mengubah masa depannya sendiri, dia mula perasan bahawa salah seorang rakan sekerjanya, Yoo Ji-hyeok (Na In-woo) begitu bersungguh-sungguh menaruh hati kepadanya.

2. Love Song for Illusion

  • Tarikh Tayangan: 2 Januari 2024
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Park Ji-hoon, Hong Ye-ji, Hwang Hee & Ji Woo

Berdasarkan webtoon Naver dengan tajuk yang sama, drama fantasi sejarah Love Song for Illusion mengisahkan Yeon Wol (Hong Ye-ji), seorang wanita muda yang dalam usaha untuk membalas dendam selepas menyaksikan pembunuhan beramai-ramai keluarganya oleh kerajaan diraja semasa kecil. Bertahun-tahun kemudian, dia menyusup masuk ke dalam istana sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membunuh raja. Walau bagaimanapun, Yeon Wol akhirnya jatuh ke dalam perangkap, di mana dia berdepan dengan amnesia ketika bangun keesokan harinya.

Dia kemudiannya dilantik menjadi gundik kepada putera mahkota Hyun (Park Ji-hoon), dengan menggunakan identititi lain sebagai Ak-hee, yang disumpah akan mengalami kesakitan yang melampau setiap kali seseorang menyentuhnya. Apabila pasangan itu mula jatuh cinta, masa lalu Yeon Wol yang menyakitkan kembali menghantui mereka.

3. Flower That Blooms at Night

  • Tarikh Tayangan: 13 Januari 2024
  • Penyiar: ONE TV Asia Astro Ch 393 & Astro Go | Setiap Sabtu – Ahad | 9.45 PM MYT
  • Barisan Pelakon: Honey Lee, Lee Jong-won, Kim Song-joong & Lee Ki-woo

“Flower That Blooms at Night” juga diadaptasi daripada webtoon yang bertemakan sejarah. Drama ini akan menyaksikan Honey Lee memegang watak Jo Yeo-hwa, seorang balu keluarga bangsawan semasa Dinasti Joseon. Semasa dia menghabiskan hari-harinya di rumah keluarga mendiang suaminya, Yeo-hwa diam-diam menyelinap keluar pada waktu malam untuk menjaga mereka yang memerlukan bantuan.

Pada satu malam, Yeo-hwa bertemu dengan Park Soo-ho (Lee Jong-won), seorang pegawai tentera yang bijak dan kacak yang mana hidupnya berubah selepas pertemuan mereka secara kebetulan. Apabila mereka berdua mula bertembung dengan lebih kerap, Yeo-hwa mula bermimpi tentang masa depan dengan Soo-ho.

4. A Shop For Killers

  • Tarikh Tayangan: 17 Januari 2024
  • Penyiar:  Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Dong-wook, Kim Hye-jun, Seo Hyun-woo

Mengambil latar belakang Korea moden, ‘A Shop For Killers’ mengisahkan tentang seorang pelajar kolej bernama Jeong Jian (Kim Hye-jun). Selepas kematian ibu bapanya, Jung Ji An tinggal bersama bapa saudaranya Jin Man (Lee Dong Wook), yang mengusahakan kedai beli-belah. Bagaimanapun, setelah kematian mengejut bapa saudaranya, Jung Ji An berlindung di rumah zaman kanak-kanaknya selepas beberapa siri pembunuh upahan berkemahiran tinggi menyasarkannya.

Berjuang dengan terdesak untuk terus hidup, Ji An mula mengingati pelajaran berharga yang diajar oleh bapa saudaranya sebelum kematiannya. Berasa keliru dan terkurung, Jian perlu bekerja dengan pantas untuk membongkar masa silam bapa saudaranya yang tersembunyi dan mengetahui sebab di sebalik begitu ramai orang berusaha keras untuk mendapatkan akses ke rumah dan senjata yang tersembunyi di dalamnya.

5. The Bequeathed

  • Tarikh Tayangan: 19 Januari 2024
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Hyun-joo, Park Hee-soon, Park Byung-eun, Ryoo Kyung-soo

Selepas kematian bapa saudaranya, Yoon Seo-Ha (Kim Hyun-Joo) mewarisi tanah perkuburan keluarga mereka daripada mendiang bapa saudaranya. Sejak itu, Yoon Seo-Ha terlibat dengan beberapa insiden yang tidak diingini. Dia mempunyai seorang adik tiri, Kim Young-Ho (Ryoo Kyung-Soo), yang menyebabkan dia lebih keliru.

Sementara itu, Detektif Choi Sung-Joon (Park Hee-Soon) mengesyaki insiden yang baru saja terjadi berlaku di kampung itu berkaitan dengan kubur keluarga Yoon Seo-Ha. Dia menyiasat lebih lanjut. Di balai polis, Choi Sung-Joon mempunyai hubungan yang dingin dengan Park Sang-Min (Park Byung-Eun). Dia adalah ketua skuad detektif tempat Choi Sung-Joon bekerja. Disebabkan kes yang berlaku pada masa lalu, bosnya mempunyai rasa rendah diri dan cemburu terhadap Choi Sung-Joon.

6. Captivating The King

  • Tarikh Tayangan: 21 Januari 2024
  • Penyiar: tvN | Netflix
  • Barisan Pelakon: Jo Jung-suk, Shin Se-kyung, Park Ye-young & Lee Shin-young

“Captivating The King” menceritakan tentang kisah cinta yang tragis antara Raja Yi In (Jo Jung Suk) dengan Kang Hee Soo (Shin Se Kyung).

Putera Lee In (Jo Jung Suk), yang mendapati dirinya beradaa dipersimpangan antara cinta dan kuasa. Bersumpah setia kepada abangnya, Raja Lee Sun, dia membiarkan dirinya dijadikan tebusan oleh Dinasti Qing. Bagaimanapun, Lee Sun terus menghina adiknya dan memandangnya sebagai lemah.

Walaupun Lee In menderita secara emosi akibat hubungan yang tegang ini, dia mendapat ketenangan dalam permainan baduk. Melaluinya, dia bertemu dan terpesona dengan pemain yang sedang meningkat naik Kang Hee-soo (Shin Se-kyung), yang jatuh cinta dengannya.

Bertahun-tahun kemudian, Lee In akhirnya menjadi raja, tetapi tidak berpuas hati dengan kedudukannya. Pada ketika itu, pemain baduk yang sedang meningkat naik Hee-soo menjadi pengintip dan dihantar untuk mendekati raja. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Hee-soo menyedari bahawa raja yang baru naik takhta itu adalah lelaki yang sama yang pernah dicintainya pada masa lalu.

7. Flex x Cop

  • Tarikh Tayangan: 26 Januari 2024
  • Penyiar: SBS | Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Ahn Bo-hyun, Park Ji-hyun, Kang Sang-jun & Kim Shin-bi

“Flex x Cop” adalah drama gabungan jenayah, komedi dan percintaan mengenai chaebol generasi ketiga Jin Yin-soo (Ahn Bo-hyun), yang menjadi detektif polis dalam bahagian jenayah kekerasan walaupun personalitinya yang tidak matang dan kekayaan keluarganya. Di tempat kerja, dia cuba menghapuskan penjenayah dengan menggunakan wang dan hubungan peribadinya.

Sebahagian daripada bahagian jenayah kekerasan itu juga adalah detektif veteran Lee Kang-hyun (Park Ji-hyun) yang sangat rajin dan berdedikasi untuk menyelesaikan jenayah. Pada mulanya, dia melihat Yin-soo dan cara kerjanya lebih mendatangkan banyak masalah daripada yang sepatutnya. Bagaimanapun, Kang-hyun mula melihatnya dengan cara yang berbeza selepas mereka ditugaskan untuk menjadi rakan sekerja.

8. Doctor Slump

  • Tarikh Tayangan: 27 Januari 2024
  • Penyiar: JTBC | Netflix
  • Barisan Pelakon: Park Hyung-sik, Park Shin-hye, Yoon Park & Kong Seong-ha

Komedi romantik “Doctor Slump” mengisahkan sepasang doktor dan bekas pesaing yang bersatu semula ketika mereka mendapati diri mereka berada di persimpangan jalan dalam kehidupan dan kerjaya mereka. Yeo Jung-woo (Park Hyung-sik) ialah pelajar perubatan dengan skor tertinggi dan kemudian menjadi pakar bedah plastik terkenal. Walau bagaimanapun, kemalangan perubatan misteri menjadikan hidupnya musnah.

Kemudian dia bertemu semula dengan bekas rakan sekelas Nam Ha-neul (Park Shin-hye), yang kini bekerja sebagai pakar bius. Walaupun dipuji sepanjang hidupnya kerana kepintarannya yang melampau, dia mula menyedari bahawa dia tidak gembira, kerana hidupnya hanya berkisar tentang kerja dan belajar. Apabila kedua-dua doktor itu bersatu semula, mereka saling memberi keselesaan antara satu sama lain, dan percintaan mula mekar di antara mereka.

9. Queen of Divorce

  • Tarikh Tayangan: 31 Januari 2024
  • Penyiar: Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Lee Ji-ah, Kang Ki-young, Oh Min-seok, Kim Sun-young

“Queen of Divorce” mengikuti kisah Sara Kim (Lee Ji Ah), penyelesai masalah perceraian terhebat di Korea, dan peguam penceraian, Dong Ki Joon (Kang Ki Young) di mana mereka tanpa gentar membawa keadilan kepada mereka yang dianiaya dan mahu menghukum pasangan jahat mereka.

Lee Ji Ah memainkan watak Sara Kim, ketua syarikat penyelesaian perceraian. Dahulu dia merupakan menantu sebuah keluarga undang-undang terkemuka, namun dia kehilangan segala-galanya dan memulakan syarikat selepas dikhianati oleh suaminya.

Sementara itu, Kang Ki Young memainkan peranan sebagai rakan kongsi perniagaannya, peguam Dong Ki-joon. Seorang bekas pendakwa raya dengan salah satu kadar pendakwaan tertinggi di wilayahnya, secara misteri dia berundur dari jawatannya. Bersama-sama, mereka berdua berusaha untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk pelanggan mereka yang ingin menceraikan pasangan mereka.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...