Nampak gaya penonton akan dihidangkan dengan duo pelakon hebat yang akan membintangi drama bergenre aksi bersama-sama.
Pada 25 Oktober, Netflix kini telah mengumumkan pengeluaran siri terbaru mereka berjudul “Trigger” dan barisan pelakon utamanya.
“Trigger” ialah drama aksi thriller yang menyiasat dunia gelap penyeludupan senjata haram di Korea yang sebelum ini bebas senjata api. Kisah ini mengikuti dua lelaki yang memegang senjata api dalam situasi yang berbeza. Walaupun seorang lelaki percaya senjata mesti digunakan untuk mempertahankan mereka yang lemah, seorang lagi menegaskan bahawa tiada seorang pun boleh menggunakan pistol. Dalam suasana yang sangat berbeza daripada norma di Republik Korea, sebuah negara di mana pemilikan senjata api dilarang sama sekali, “Trigger” meneroka satu siri insiden tembakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Aspek utama siri ini ialah penerokaan sudut pandangan yang berbeza mengenai pemilikan senjata api.
Kim Nam Gil memainkan watak Lee Do, bekas penembak tepat tentera dan pemenang pingat emas Olimpik yang kini bekerja sebagai pegawai polis yang mempunyai rasa keadilan yang kuat. Lee Do kemudiannya berusaha keras mencari sumber pengedar senjata api haram yang menjadi pencetus kejadian tembakan yang berlaku di Korea Selatan.
Kim Young Kwang pula memegang watak Moon Baek, seorang tokoh penting dalam dunia urus niaga senjata api. Dijangka Kim Young Kwang akan menggambarkan dengan sempurna dua sisi wataknya Moon Baek, yang kelihatan santai di luar sambil melaksanakan rancangan (urusniaga) yang teliti.
“Trigger” dilaporkan akan dikeluarkan pada separuh pertama 2025. Nantikan kemaskini selanjutnya!
Sumber : 1