Tubuh agensi baru dengan bekas pengurus, D.O. akan tinggalkan SM Entertainment

Nampaknya berita tentang penghijrahan artis SM Entertainment ke agensi baru hangat diperkatakan. Sebelum ini, Chanyeol dan Sehun yang dikatakan akan meninggalkan SM, namun dinafikan oleh agensi tersebut. Terbaru, D.O. pula dikatakan akan meninggalkan agensi tersebut. Tapi jangan risau, D.O. tidak akan meninggalkan EXO, hanya bertukar agensi dan pengurusan sahaja.

Pada 18 Oktober, JTBC melaporkan bahawa D.O. EXO akan meninggalkan SM Entertainment dan menyertai agensi baharu yang ditubuhkan oleh pengurus lamanya, yang telah bekerja dengannya sejak D.O mula debut lagi.  Pengurus tersebut amat dikenali dikalangan peminat EXO dan D.O. sendiri. Bahkan D.O. juga telah mengucapkan terima kasih kepada pengurus tersebut berkali-kali pada majlis anugerah. Dikatakan, dia paling banyak membincangkan pelbagai aktiviti seni dan lakonan bersama pengurus ini.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, SM Entertainment secara rasmi mengumumkan, “Kontrak eksklusif D.O. dengan kami akan tamat pada awal November. Selepas perbincangan menyeluruh dengan D.O., telah diputuskan bahawa dia akan meneruskan aktiviti EXO bersama SM, tetapi akan meneruskan aktiviti lakonan dan individu melalui agensi yang baru ditubuhkan yang diasaskan oleh D.O. sendiri dengan bekas pengurus SM.”

Sumber : 1 | 2

loading...