Lee Jong Suk akan tinggalkan HighZium Studio

Nampaknya, Lee Jong Suk akan meninggalkan HighZium Studio, agensi yang menguruskan segala aktivit seninya bulan depan.

Pada 23 September, HighZium Studio—agensi yang kini menempatkan pelakon seperti Song Joong Ki dan Kim Ji Won—mengumumkan bahawa pengurusan mereka ke atas Lee Jong Suk akan berakhir pada bulan Oktober.

Pada April tahun lalu, agensi Lee Jong Suk, A-MAN Project menandatangani perkongsian strategik (strategic partnership) dengan HighZium Studio yang secara langsung membawa pelakon itu ke dalam senarai artis di bawah naungan HighZium Studio. Bagaimanapun, perjanjian perkongsian itu akan tamat pada penghujung Oktober,  sejajar dengan tamatnya siri jelajah pertemuan peminat Lee Jong Suk 2023.

Pengumuman penuh HighZium Studio adalah seperti berikut:

Helo, ini ialah HighZium Studio.

Pertama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kasih sayang dan minat mereka terhadap artis-artis kami.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kontrak perjanjian strategik yang ditandatangani oleh HighZium Studio dan A-MAN Project tahun lepas akan tamat pada penghujung Oktober, selepas siri jelajah pertemuan peminat pelakon Lee Jong Suk 2023 yang kini sedang berlangsung tamat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyayangi pelakon Lee Jong Suk, dan kami berharap anda akan terus memberikan minat dan sokongan anda yang tidak berbelah bagi di masa hadapan.

Terima kasih.

Selamat maju jaya buat Lee Jong Suk yang akan mulakan perjalanan yang baru.

Sumber : 1 | 2

loading...