Viu Malaysia hadirkan adaptasi drama popular Korea “W Two Worlds” versi kita

Peminat Kdrama, mesti korang tau atau pernah menonton drama popular MBC “W Two Worlds” yang diterajui  oleh gandingan yang serasi Lee Jong Suk dan Han Hyo Jo ini. Drama ini telah diarahkan oleh Jung Dae Yoon dan naskhahnya ditulis oleh Song Jae Jung.

Meh sini min ceritakan sedikit sinopsis “W Two Worlds” yang pernah jadi fenomena satu ketika dulu.

W – Two Worlds adalah karya bertemakan melodrama romantis tentang Kang Chul (Lee Jong Suk) dan Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) yang hidup dalam dunia yang berbeza.

Kang Chul adalah seorang ahli perniagaan yang kacak dan berjaya, memiliki syarikat e-dagang, saluran penyiaran, dan pemenang pingat emas Olimpik dalam acara menembak pada masa mudanya.Yeon Joo adalah seorang pakar bedah yang hidup dalam dunia sebenar, dan ayahnya adalah  seorang pengarang serta pencipta ‘W’ iaitu Oh Seong Moo. W adalah sebuah web-komik popular dan Kang Chul adalah watak utama komik itu. Oh Seong Moo tidak mengetahui, bahawa watak yang diciptanya benar-benar wujud di suatu di dimensi lain dan pada akhirnya, kedua-dua dunia bergabung dan mencetuskan bukan sahaja  percintaan tetapi konflik utama.

Perkara menjadi rumit apabila bapa Yeon Joo memutuskan untuk membunuh watak Kang Chul dan Yeon Joo secara tiba-tiba ditarik ke dalam dunia komik dan bersemuka dengan wira komik W itu sendiri. Disamping itu juga, ada seseorang dari dunia fantasi yang sering-kali cuba untuk membunuh Kang Chul dan orang-orang yang rapat dengan beliau.

Kang Chul telah kehilangan seluruh keluarganya kepada pembunuh yang tidak dikenali, malah dia dituduh sebagai pembunuh biarpun tiada bukti yang kukuh. Dia memutuskan untuk mengesan pembunuh misteri ini dan berharap semuanya akan berakhir kerana dia tidak mahu kehilangan Yeon Joo. Namun, dalam pada itu dia berhadapan dengan kebenaran sebenar disebalik kewujudannya yang akan merubah keseluruhan hidupnya.

W Two Worlds Versi Malaysia

Ok chingu. Berita baik untuk korang. “W Two Worlds” akan diadaptasi untuk versi Malaysia oleh platform penstriman Viu. Perkara ini telah disahkan oleh Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia pada sidang Viu Upfront November 2022. Disidang itu juga, Encik Kingsley Warner  turut memperkenalkan senarai kandungan bagi tahun 2023, termasuk lima karya asli tempatan yang mana salah satunya adalah “W Two Worlds”.

“W: Two Worlds”  akan dibintangi oleh Hun Haqeem , Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan Tony Eusoff. Siri ini juga diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Zurina Ramli. Penggambaran drama ini masih lagi berjalan dan dijangka akan ditayangkan pada November ini.

Sinopsis adaptasi “W Two Worlds”

Berikutan kejayaan adaptasi K-drama Viu seperti Black dan She Was Pretty, Viu akan menghasilkan satu lagi adaptasi drama fantasi percintaan Korea popular – W:Two Worlds.

Selepas bapa Izara (pencipta siri webtoon popular W) hilang tanpa jejak, usaha Izara mencarinya sehingga membawanya ke dalam dunia webtoon, di mana beliau menyelamatkan nyawa watak utama, Aliff. Disebabkan ini, watak Izara mula muncul di dalam cerita webtoon tersebut dan mula berfungsi sebagai realiti sebenar. Aliff sedang memburu pembunuh keluarganya sepuluh tahun lalu. Beliau mula sedar bahawa takdirnya dan Izara saling berkait, tanpa menyedari bahawa beliau hanyalah watak webtoon. Apabila dua dunia ini bertembung, bermulanya pelbagai situasi di luar jangkaan yang membawa kepada konflik dan percintaan.

Barisan Pelakon

Hun Haqeem akan membawakan watak Aliff  manakala Daiyan Trisha sebagai Doktor Izara. Dalam erti kata lain, kedua pelakon itu akan membawakan watak Kang Chul dan Oh Yeon Joo dalam drama Korea “W Two Worlds”. Pelakon Faizal Hussein pula akan membawa watak bapa kepada Izara yang bertanggungjawab melukis komik W itu. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama adaptasi itu adalah Tony Eusoff, Elizabeth Tan dan Mierul Aiman.

@kmania.my Weh korang. Drama popular Korea “W Two Worlds” lakonan Lee Jong Suk & Han Hyo Joo akan diadaptasi untuk versi Malaysia tak lama lagi. Excited pula rasanya nak tengok Kang Chul (Hun Haqeem) & Oh Yeon Joo (Daiyan Trisha) versi kita.😍😍 So stay tuned dengan #ViuMalaysia untuk update #WTwoWorlds ♬ original sound – KmaniaMY

Ketika VIU melangsungkan acara ‘Together Gather’ bagi menyambut hari lebaran sambil memperkenalkan pelbagai naskhah baru yang bakal bersiaran di platform itu tak lama lagi beberapa bulan lepas, mereka sempat menemuramah Faizal Hussein tentang drama adaptasi tersebut.

Kita tak tulis bulat-bulat seperti apa yang pernah ditonton. Kita hanya ada 12 episod dan ianya ditulis semula mengikut budaya Malaysia. Jadi, akan ada benda yang tidak mengikut versi Korea. Saya juga hanya sempat menonton beberapa episod “W: Two Worlds” Korea kerana kesibukan bekerja,

Tapi bagus juga (tak tonton kesemua episode) kerana ianya tak akan mempengaruhi saya sebagai seorang pelakon. Jadi, bila baca skrip 12 episod itu macam kita baca cerita baru.

Faizal Hussein

Bagi pelakon Tony Eusoff pula, dia menyatakan tidak akan menonton drama Korea itu kerana takut ia akan mempengaruhi lakonannya dan akan menonton selepas sesi penggambaran berakhir untuk membuat perbandingan peranan versi adaptasi dan versi Korea.

Agak menarik apabila mengetahui Faizal Hussein akan membawakan watak tersebut kerana dalam drama Korea dia akan berperanan dua watak yang berbeza. Satu di dunia nyata dan satu lagi di dunia webtoon. Apakah keistimewaan yang akan diberikan Faizal Hussein dalam menjayakan watak baik (ayah kepada Dr Izara & pelukis komik ‘W’) dan watak antagonis (pembunuh keluarga Ariff di dunia webtoon) dalam satu masa.

Kami merasakan Elizabeth Tan akan membawakan watak setiausaha cantik, rakan sekolah dan seseorang yang ada perasaan terhadap Aliff. Manakala Mierul Aiman akan merupakan kawan baik dan merangkap bodyguard kepada Aliff. Bagi Tony Eusoff kami menjangkakan beliau akan membawakan watak antagonis dalam komik W, seorang pendakwaraya dan juga calon presiden sebuah parti politik. Seorang yang gilakan kuasa dan untuk mendapatkan populariti politik, dia menjadi pendakwa yang bertanggungjawab bagi kes Aliff apabila dia dituduh membunuh keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Untuk sementara waktu ini, korang boleh saksikan “W Two Worlds” lakonan Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo diplatform Viu.

loading...