Yoo Ah In disiasat polis kerana penggunaan dadah jenis propofol, agensi beri kenyataan ringkas

Telah didedahkan bahawa pelakon Yoo Ah In telah disiasat oleh polis kerana kebiasaan menggunakan propofol, sejenis dadah psikotropik.

Pada 8 Februari, dilaporkan di “News9” TV Chosun bahawa seorang pelakon terkenal Korea telah menjalani siasatan polis berhubung dakwaan menggunakan propofol. Propofol adalah ubat bius dan pil tidur dan adalah haram di Korea Selatan untuk menggunakannya di luar prosedur pembedahan.

Untuk makluman tambahan, Propofol lazimnya adalah sejenis anestetik perubatan tetapi kadang-kadang digunakan secara rekreasi, malah pemberian terlebih dos dadah itu didakwa menjadi punca kematian bintang pop, Michael Jackson, pada 2009.

Dilaporkan juga beberapa hari sebelum itu, Agensi Polis Metropolitan Seoul memanggil Yoo Ah In untuk disiasat kerana disyaki melanggar Akta Kawalan Narkotik. Rambutnya juga telah dinilai oleh National Institute of Scientific Investigation untuk mengesahkan kebiasaannya menggunakan propofol. Selain itu juga, Yoo Ah In dilarang untuk keluar negara dan perkara ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai.

Menjawab laporan ini, agensi Yoo Ah In, United Artists Agency (UAA) bersuara dengan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Ini UAA. Baru-baru ini Yoo Ah In telah menjalani siasatan polis berhubung penggunaan propofol.

Dia secara aktif bekerjasama dalam semua siasatan berhubung perkara ini dan kami bercadang untuk menanganinya secara proaktif aspek yang menjadi masalah. Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada semua.

loading...