Gadis cantik muncul tiba-tiba, berperangai kebudak-budakan dalam Legend of Blue Sea

Siapa yang tak teruja menyaksikan gandingan Giana Jun dan Lee Min Ho dalam Legend of Blue Sea, di mana tema fantasi percintaan ikan duyung dengan manusia dipersembahkan.

Permulaan episod 1 menunjukkan mereka pernah dipertemukan di masa lampau beratus tahun sebelumnya. Setelah Heo Jeo Jae/Dam ryeong (Lee Min Ho) menyelamatkan Sim Chung (Giana Jun) diratah manusia yang rakus dan berjabat tangan dengannya, takdir menemukan mereka semula di masa akan datang. Kuncinya ialah gelang tangan yang baru ditemui Sim Chung membawakannya ke dasar lalu menemui ‘pemilik’ yang dijelmakan semula. Sim Chung tak mengenali lagi Heo Jeo Jae adalah rupa jelmaan yang sama menyelamatkan dia dahulu.

Pengenalan mereka disaksikan dengan Sim Chung yang seperti rusa masuk kampung. Jeo Jae tak dapat berinteraksi dengan Sim Chung yang tak boleh bercakap bahasa manusia lalu diajarnya “Sumi mashen iaitu Terima kasih” . Disebabkan tak dapat memahami motif sebenar Sim Chung, Jeo Jae memanggil pihak polis untuk menangkap Sim Chung yang menceroboh rumahnya. Apabila Jeo Jae menyedari gelang tangan Sim Chung adalah barang berharga, dia bergegas semula ke balai untuk mendapatkan Sim Chung dan mempergayakan Sim Chung dengan berbagai-bagai kemewahan untuk memperdayakannya dengan menyerahkan gelang tangan tu secara sukarela. Misi JeoJae berjaya tetapi disebabkan sifat simpati yang dijelmakan semula daripada Dam Ryeong membuatkannya tertarik hati dan mendekati Sim Chung.  Cerita ditamatkan dengan adegan berjabat semula.

Aksi tanpa dialog yang ditunjukkan Giana Jun menghasilkan impresi yang agak baik tentang kemisterian ikan duyung di sebalik interaksinya dengan manusia. Tentang kenapa Sim Chung mengambil keputusan untuk keluar daripada laut juga belum dikupas lagi.

Saksikan episod 2 di onehd menjelang 8.15 pm ini.

loading...