4 Ahli ASTRO perbaharui kontrak dengan Fantagio

Empat daripada enam ahli ASTRO telah memperbaharui kontrak mereka dengan Fantagio.

Pada 30 Disember, agensi itu mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Hello, ini Fantagio.

Pertama sekali, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peminat dan semua orang yang sentiasa menunjukkan kasih sayang dan sokongan kepada ASTRO.

Ahli kumpulan ASTRO iaitu JinJin, Cha Eun Woo, Moonbin dan Yoon Sanha telah memutuskan untuk meneruskan aktiviti bersama Fantagio.

Mengenai 2 lagi ahli yang lain, kami masih lagi berbincang secara mendalam dengan Rocky, dan kami akan meneruskan perbincangan dengan MJ selepas dia menamatkan khidmat tenteranya.

Kami tidak akan berhenti untuk memberikan sokongan penuh kepada empat ahli ASTRO yang meneruskan kontraknya bersama Fantagio supaya mereka boleh mempromosikan secara aktif dalam pelbagai bidang, dan kami meminta anda terus menunjukkan banyak galakan dan sokongan.

Terima kasih.

Sumber : 1

loading...