Kuala Lumpur – “Annyeong Kawan with Lee Jae Wook” Meet & Greet telah berlangsung di PJ PAC. Saat itu dewan dipenuhi dengan peminat yang terpilih untuk bertemu dengan Duta Kehormat KTO iaitu Lee Jae Wook.
Meet & Greet tersebut menyaksikan perlantikan secara rasminya Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat KTO dengan misi memperkenalkan Korea secara dekat kepada Malaysia sempena Tahun Melawat Korea bagi tahun 2023-2024.
Duta Besar Korea ke Malaysia iaitu Yang Dihormati En. Yeo Seung Bae telah melancarkan secara rasmi Tahun Melawat Korea 2023 – 2024 dan menyatakan bahawa kedatangan khas Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat KTO ke Malaysia adalah sebahagian inisiatif untuk mengeratkan lagi hubangan persahabatan antara Korea dan Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, salah satu tunggak utama yang memainkan peranan penting dibelakang tabir dalam menjayakan kedatangan Lee Jae Wook ke Malaysia adalah usaha sepenuhnya Duta Besar Korea ke Malaysia, En. Yeo Seung Bae. Jika bukan kerana beliau, sudah pasti impian untuk bertemu Lee Jae Wook hanyalah sebuah mainan mimpi.
Menurut Pengarah Produk Perlancongan, En. Yoo Jin Ho, selain perlantikan rasmi Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat KTO, pelakon itu juga akan secara aktif dalam mempromosikan pelancongan Korea selama setahun. Aktiviti promosi akan bermula dengan mendaftar sebagai ahli kehormat “K Friend”, sebuah komuniti peminat Hallyu global yang dikendalikan oleh perbadanan tersebut dan mempromosikan ruang Budaya Hallyu kompleks “Hiker Ground” kepada pelancong.
Meet & Greet yang berlangsung selama 2 jam bermula dengan penampilan istimewa rapper dan pelakon dari Korea yang dikenali melalui ‘Unpretty Rapstar’ (Musim 1) dan ‘Show Me The Money’ (Musim 3), Kisum. Rapper itu telah menghiburkan para tetamu serta menghangatkan suasana dewan dengan mempersembahkan lagu “No Jam”, “Superstar” dan yang terbaru adalah “100”.
Selain itu, Quiz berkenaan dengan Korea dan juga cabutan nombor bertuah juga turut diadakan. Peminat yang memenangi quiz tersebut berpeluang mendekati dan bergambar kenangan dengan Lee Jae Wook manakala pemenang cabutan bertuah pula mendapat barangan peribadi yang pernah digunakan dan menjadi kesayangan Lee Jae Wook.
Drama terbaru Lee Jae Wook, ‘Alchemy of Souls’ Musim Ke-2 yang masih bersiaran diplatform Netflix mendapat perhatian ramai dan menjadi kegilaan dikalangan peminat K-Drama di Malaysia. Rata-rata peminat mengusik beliau dengan menyeru watak utama di bawanya, Jang Uk untuk menyatakan pilihan muktamadnya di antara Naksu dan Mu-deok.
Dikesempatan ini juga, Lee Jang Wook gembira berkongsi aktiviti yang sering dilakukannya dan tempat yang sering dilawatinya, sekaligus mencadangkan tempat pengambaran ‘Alchemy of Souls’ sebagai salah satu tempat yang patut dilawati. Suara peminat dengan bercanda mengajak Lee Jae Wook untuk menemani mereka pegi kesemua tempat yang dicadangkan. Telatah Lee Jae Wook melawan usikan peminat menjadi bahan gelak ketawa sejak dari sidang media hinggalah terbawa ke Meet & Greet. Tambahan apabila pelakon itu, mempamerkan reaksi wajah comel, dan mengatakan “Jom, ayuh pergi” sambil menggerakkan isyarat tangannya. Hmmm, nampaknya peminat dah tahu di mana lokasi Lee Jae Wook suka bersantai. Pastinya, selepas ni Han River akan menjadi tempat tummpuan peminat sambil menantikan kelibat Lee Jae Wook berbasikal kelak.
Dikesempatan ini juga, Lee Jae Wook sempat memberitahu bahawa selepas sahaja selesai pengambaran dan promosi ‘Alchemy of Souls’ Musim Ke-2, beliau akan mula sibuk dengan perancangan FanMeet pertamanya yang diberi nama “2023 LEE JAE WOOK ASIAN TOUR FANMEET” di mana Seoul menjadi lokasi pertama pada 14 Januari 2023 dan meneruskannya siri jelajahnya ke Tokyo, Jakarta, Bangkok, Hong Kong dan Manila. Peminat di Malaysia juga mengharapkan agar Kuala Lumpur akan menjadi salah satu destinasi perhentian Fanmeet Lee Jae Wook kerana mereka siap sedia untuk menyambut kehadirannya.
“Annyeong Kawan with Lee Jae Wook” Meet & Greet dianjurkan oleh Organisasi Pelancongan Korea dan majlis ini juga telah berjalan lancar dan jayanya dengan sokongan rakan kongsi agensi pelancongan yang mengambil bahagian seperti Apple Vacations, Pusat Tempahan Syarikat Penerbangan (ABC Holidays), Airlink Travel & Tour, Esplanad Holiday, Golden Tourworld Travel (GTT ), Ice Holiday, Parlo Tours, Holiday Tours, Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT). Turut mengambil bahagian dalam program ini termasuk CU Malaysia, Klook Malaysia, Malaysia Airlines dan History of Whoo. Rakan kongsi sebagai lokasi rasmi, 1 Utama Shopping Centre, dengan bangganya disenaraikan di antara pusat membeli-belah terbesar di dunia dan diiktiraf sebagai “Pusat Beli-belah Teratas di Malaysia” dengan lebih 750 buah kedai untuk membeli-belah, makan dan bermain!
Semoga Lee Jae Wook akan kembali ke Malaysia kerana peminatnya tidak akan pernah jemu untuk menanti kehadirannya.