Beberapa peminat pengsan, konsert NCT 127 ‘NEO CITY : THE LINK’ di Jakarta terpaksa ditamatkan lebih awal

Konsert NCT 127 di Jakarta, Indonesia telah ditamatkan lebih awal oleh pihak penganjur acara dan polis selepas beberapa peminat pengsan setelah adengan tolak menolak sesama mereka ke arah pentas terjadi. Perkara ini telah menyebabkan pihak polis mengambil tindakan tegas.

Untuk makluman NCT 127 baru-baru ini menuju ke Jakarta, Indonesia untuk siri jelajah konsert NEO CITY : THE LINK . Selepas penjualan tiket untuk hari pertama mendapat sambutan diluar jangkaan, pihak penganjur menambah satu lagi konsert NCT 127 di Jakarta untuk hari berikutnya. Penjualan tiket untuk kedua-dua hari konsert itu juga telah habis dijual.

Selepas isu ancaman bom terhadap konsert itu dapat ditangani dengan baik oleh pihak polis tempatan, konsert itu berjalan seperti biasa sebelum pergerakan orang ramai di bahagian berdiri mula menimbulkan isu.

Kejadian ini bermula ketika NCT 127 mempersembahkan lagu Paradise. Sembilan ahli itu berpecah ke seluruh pentas dan mengedarkan bola (yang telah ditandatangan) kepada peminat. Namun, keseronokan itu terhenti seketika apabila Taeyong selaku ketua meminta ahli berhenti menyanyi. Hal ini kerana peminat di bahagian berdiri bergerak ke hadapan, jadi ramai yang di depan ditolak ke arah pentas. NCT 127 sendiri mula mengarahkan peminat untuk berhenti menolak dan mengambil langkah ke belakang untuk mengelakkan sesiapa tercedera.

Dalam video peminat yang lain, salah satu penghadang berhampiran pentas boleh dilihat dirosakkan akibat tolak-menolak di antara para peminat.  Menurut pihak polis, sepatutnya tidak berlaku aksi tolak menolak kerana kapasiti dewan agak besar.

NCT 127 memberhentikan persembahan seketika untuk memeriksa para peminat yang hadir ketika itu. Pada ketika ini, Haechan bertanya kepada peminat jika mereka berasa tidak sihat supaya mengangkat tangan dan memberi isyarat kepada kakitangan yang bertugas ke lokasi mereka supaya mereka boleh menerima bantuan.

“Kita boleh teruskan tapi yang penting keselamatan semua. Janji jangan tolak,” kata Doyoung.

Sejurus itu, konsert NCT 127 diteruskan semula. Tiba-tiba lampu dewan dihidupkan semula selepas kumpulan itu mempersembahkan “Touch” ​​dan peminat diarahkan untuk berundur bagi memberi ruang kepada semua orang. Pada mulanya, ia kelihatan seolah-olah ini hanya rehat yang singkat untuk memberi peminat berehat seketika.

Selepas beberapa minit, NCT 127 tidak juga kelihatan di atas pentas tetapi pihak penganjur kemudiannya mengumumkan bahawa pertunjukan telahpun berakhir dan tidak akan kembali untuk persembahan encore mereka. Dikhabarkan masih berbaki 5 atau 6 buah lagu sebelum persembahan encore mereka. Hal ini berikutan beberapa peminat dilaporkan telah pengsan dan telah di bawa untuk rawatan lanjut. Peminat diarahkan meninggalkan lokasi konsert sejurus selepas pengumuman itu.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa kesal kerana berdepan dengan situasi yang tidak sepatutnya terjadi. Terdapat juga peminat luar dari Indonesia turut datang untuk menonton konsert itu menyatakan rasa kecewa, rugi dan marah kerana hasrat mereka untuk menonton konsert NCT 127 runtuh dipertengahan jalan. Isu tolak-menolak ini lebih fokus kepada peminat yang membeli tiket ‘standing’ kerana peminat yang membeli tiket ‘seating’ tidak berdepan dengan apa-apa isu dan menikmati persembahan dengan baik.

Dilaporkan seramai 30 orang penonton telah pengsan dan diberi rawatan sebaiknya.

NCT 127 dijadualkan membuat persembahan kedua pada malam berikutnya di Jakarta sebelum ke Bangkok, Thailand pada Disember.

Kami harap semua orang kekal selamat.

Sumber : 1 | 2

loading...