Mereka tak bercinta pun – Nafi agensi Song Joong Ki dan Kim Tae Ri

Awal minggu ini, satu saluran YouTube menyebarkan khabar angin bahawa pelakon Song Joong Ki (37) dan Kim Tae Ri (32) telah dikesan sedang bertemu janji di Paris.

Perkara ini mula diperkatakan apabila, foto yang merakamkan seorang lelaki dan wanita berpaut tangan semasa mereka berjalan bersama, didakwa gambar Song Joong Ki dan Kim Tae Ri sedang bertemu janji di Paris. (Oleh kerana gambar itu diambil dari belakang, wajah pasangan itu tidak kelihatan dalam foto itu.)

Khabar angin itu tidak lama kemudian mula tersebar melalui komuniti dalam talian utama dan saluran media tanpa kawalan.

Bagaimanapun, mengulas khabar angin itu, pada 29 Oktober kedua-dua agensi Song Joong Ki dan Kim Tae Ri telah menafikan khabar angin bahawa kedua-dua pelakon yang pernah bekerja dalam projek yang sama sedang menjalin hubungan.

Agensi Song Joong Ki, High Zium Studio menyatakan, “Khabar angin yang mengatakan Song Joong Ki dan Kim Tae Ri bercinta adalah tidak benar sama sekali,” manakala agensi Kim Tae Ri, Management mmm juga berkata, “Khabar angin bercinta itu benar-benar palsu.”

Sementara itu, khabar angin itu akhirnya disangkal sebagai gambar lama pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin.

loading...