“Assalamualaikum. Apa khabar Malaysia, kami rindu kamu!” – ucap Super Junior di SUPER SHOW 9 : ROAD IN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2022 – Stadium Axiata Bukit Jalil dibanjiri dengan kehadiran 10,000 peminat dari dalam dan luar negara. Rata-rata dari mereka tidak mahu melepaskan peluang bertemu dengan kumpulan yang dianggap antara kumpulan paling ‘senior’ ini.

Kali terakhir kumpulan ini mengunjungi Malaysia adalah pada 3 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2019, manakala konsert pada tahun 2020 pula telah dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Dengan kehadiran mereka pada malam tadi sudah pastinya mengubat kerinduan peminat di Malaysia secara amnya.

Lagu “BURN THE FLOOR” membuka tirai persembahan konsert SUPER JUNIOR SUPER SHOW 9 : ROAD IN KUALA LUMPUR disamping 29 buah lagu lain dari komplilasi album pertama “TWINS” (2005) sehinggalah ke album terbaru yang dilancarkan pada Julai 2022 iaitu “THE ROAD : KEEP ON GOING”.

Antara lagu-lagu tersebuat adalah THE CROWN, SUPER, MR. SIMPLE, TICKY TOCKY, PARADOX, MYSTERY, 2YA2YAO, I CAN’T, BELIEVE, MY WISH, CALLIN’, SPY+ROKUKO!! + MAMACITA, LATTE, HOUSE PARTY, EVERYBODY, WONDER BOY + LET’S DANCE, DEVIL MANGO, BAD + DANGER (D&E), BLACK SUIT, SORRY SORRY dan BONAMANA. Manakala lagu penutup semasa ‘encore’ adalah MORE DAYS WITH YOU, WALKIN’ dan yang terakhir adalah HAPPINESS. Boleh dikatakan kesemua persembahan disampaikan dengan penuh bertenaga oleh Leeteuk, Siwon, Donghae, Eunhyuk, Kyuhyun, Ryeowook, Shindong dan Yesung tanpa kehadiran Heechul yang masih lagi berhadapan dengan isu kecederaan lutut selain terikat dengan beberapa program realiti yang diacarakan oleh beliau.

Pada konsert tersebut, ELF MALAYSIA juga telah bekerjasama antara mereka untuk mengadakan satu projek khas semasa lagu MY WISH dipersembahkan.

Seperti kebiasaannya, interaksi di antara ahli kumpulan Super Junior dan peminat adalah momen yang paling ditunggu-tunggu, aksi ‘playfull’ yang paling menonjol adalah dari Siwon dan Leeteuk.

Siwon begitu berusaha untuk menyebut beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan kertas yang telah siap ditulisnya dan dia tidak dibenarkan bercakap menggunakan bahasa Inggeris sepanjang konsert. Leeteuk pula seringkali melaungkan perkataan “Assalamualaikum” kepada audience. Donghae kelihatan sungguh terharu ketika ELF menyanyikan lagu hari jadi buatnya kerana dia bakal menyambutnya pada 15 Oktober kelak. Shindong sempat meluahkan perasaan takutnya apabila tiada peminat yang datang melihat konsert mereka sekiranya hujan turun.

Super Junior juga merakamkan rasa terharu mereka kepada semua peminat yang masih lagi teguh bersama mereka sepanjang 17 tahun Super Junior menapak dalam industri hiburan. Bak kata KyuHyun “Mari kita tua bersama-sama dan yang pasti kami akan kembali lagi bertemu anda”. 

Konsert SUPER SHOW 9 : ROAD IN KUALA LUMPUR bermula dari pukul 5 petang dan berakhir pada 8 malam, dan Super Junior juga bergegas bertolak ke lapangan terbang usai saja konsert mereka.

Kmaniamy mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengajur STAR PLANET kerana memberikan peluang menyaksikan konsert ini. Konsert SUPER SHOW 9 : ROAD IN KUALA LUMPUR ini dianjurkan oleh STAR PLANET dengan sokongan dari TOURISM MALAYSIA.

Untuk menonton lebih banyak sorotan berkaitan SUPER SHOW 9 : ROAD IN KUALA LUMPUR anda boleh capai dilaman sosial kami dengan klik saja icon di bawah:

   Twitter image of Twitter icon  google+ image of google+ icon   

loading...