“Big Mouth” berakhir dengan catat rating tertinggi sepanjang tayangannya

“Big Mouth” berakhir dengan mencatatkan rekod tayangan tertinggi sepanjang siarannya!

Pada 17 September, drama popular yang dibintangi oleh Lee Jong Suk dan YoonA Girls’ Generation mencapai penarafan penonton tertinggi untuk siri terakhirnya. Menurut Nielsen Korea, episod akhir “Big Mouth” mendapat penilaian purata diseluruh negara sebanyak 13.7%, menjadikannya drama yang paling banyak ditonton dalam slot masanya—dan mencatat rekod peribadi baharu untuk rancangan hit itu.

Spoiler

Biarpun pengakhirannya bukanlah yang menggembirakan dan pilihan penonton, ianya tetap meninggalkan impak yang mendalam. Park Chang Ho kalah dalam pemilihan Datuk Bandar ditangan Choi Do Ha, tetapi segala aktiviti jahat Choi Do Ha dapat dibongkarkan. Choi Do Ha mati dalam keadaan yang sama seperti mangsanya yang lain apabila kolam renang yang digunakannya telah dicemari dengan radiasi berbahaya dengan bantuan Jun Hee. Mereka yang terlibat dalam pembunuhan Professor Seo dijatuhkan hukuman penjara dan akhirnya Gong Ji Hoon dilantik menjadi CEO Woojeong Group.

Park Chang Ho kini menjadi “Big Mouse” dan digambarkan sebagai pemenang sebenar serta seseorang yang dilihat berkuasa. Go Mi Ho yang disahkan menghidap leukimia meninggalkan Park Chang Ho keseorangan. Dia malah sempat berpesan kepada suaminya agar menjadi tikus besar yang baik, sentiasa membantu mereka yang memerlukan dan menghukum mereka yang melakukan kejahatan.

Apa yang boleh dikatakan, lakonan teraju utama Lee Jong Suk dan Yoona benar-benar menguatkan “Big Mouth” tambahan dengan pelakon yang lain sekaligus melihatkan drama ini satu drama yang hebat!

Tambahan

Pada 18 September, penerbit “Big Mouth” bertindak balas dengan berhati-hati memberitahu StarNews, “Kami rasa terlalu awal untuk membincangkan Musim 2.” Ini berikutan soalan mengenai kemungkinan musim kedua drama hit itu. Mereka terus menambah, “Kami akan bekerja keras untuk mencuba dan kembali dengan projek yang bagus.”

Sementara itu, “Today’s Webtoon” SBS, yang juga berakhir malam tadi, meningkat sedikit kepada purata penarafan seluruh negara sebanyak 1.6% untuk siri akhirnya sendiri.

 

Rating drama misteri baharu tvN “Blind” jatuh kepada 2.4% untuk episod kedua, manakala “Little Women” kekal di tempat pertama dalam slot masanya merentas semua saluran kabel dengan purata seluruh negara sebanyak 7.0%.

“Little Women” juga mencapai penarafan tertinggi dalam kalangan demografi utama penonton berumur 20 hingga 49 tahun, menduduki tempat pertama dalam slot masanya merentas semua saluran (termasuk rangkaian penyiaran awam) dengan purata seluruh negara sebanyak 3.4%.

“The Good Detective 2” JTBC, yang hanya berbaki satu episod lagi dalam tayangannya, memperoleh purata penarafan seluruh negara sebanyak 5.3% menjelang penamat sirinya.

Akhir sekali, drama hujung minggu KBS 2TV yang telah bersiaran sekian lama “It’s Beautiful Now”—yang juga hanya tinggal satu episod sahaja lagi—mencatat sedikit peningkatan kepada 26.4% untuk episod kedua terakhirnya diseluruh negara, meneruskan dominasi sebagai program yang paling banyak ditonton untuk disiarkan di mana-mana saluran pada hari Sabtu.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

loading...