Menangi hadiah lumayan sehingga ~RM3000 melalui pertandingan esei anjuran Kdramapal

Kdramapal, rakan kongsi Kmania telah mengadakan sayembara mengarang esei berdasarkan pengalaman seseorang selaku penonton tegar kdrama. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat sedunia. Anda hanya perlu menulis tentang apa yang membuatkan anda tertarik pada kdrama , dan apakah yang ada pada siri Kdrama yang membuatkan anda terus jatuh cinta kepadanya?

Pertandingan ini mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris. Mereka yang pernah mengambil English 101 di peringkat universiti pastinya tiada masalah untuk menulis dengan baik. Walaubagaimanapun, ianya tak bermakna mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris, dinafikan peluang untuk merebut hadiah lumayan berkenaan. Hal ini kerana pemilik Kdramapal ini mencari mereka yang betul-betul ada ‘passion’ dalam kdrama.

Maka, silalah asah bakat anda. Jangan biarkan ianya berkarat. Jangan langsung biarkan peluang ini terlepas begitu saja. Cabarlah diri anda!

Tarikh tutup penyertaan pada 31 October 2017.

Sila ke pautan di bawah untuk membaca syarat-syarat dengan lebih lanjut:

https://www.kdramapal.com/initiative/kdrama-writing-contest-june-2017/

Sumber: kdramapal