Cubaan menyogok dengan autograf Karina Aespa tak berhasil, SM Ent. kalah undian di tangan majoriti pemegang saham

SM Ent.dikatakan gagal untuk melantik juruaudit pilihan mereka selepas kalah dalam undian di antara pemegang-pemegang saham.

Di dalam Mesyuarat Agong pemegang-pemenang saham SM Ent. yang berlangsung sebenar tadi, 62.5% daripada jumlah pemegang saham dengan nilaian stok sebanyak .23,164,013 telah hadir untuk mengundi di Seoul Forest D Tower, Acro, Seongdong-gu, Seoul.

Dilaporkan bahawa presiden Daewoo Securities, Lim Ki Young pilihan SM Ent. telah meletakkan jawatan sebelum mesyuarat agong bermula manakala Kwak Jun Ho, pilihan Align Partners telah dilantik sebaliknya selepas menang undian majoriti sebentar tadi. SM Ent. dikatakan cuba menyogok sebilangan pemegang saham dengan potret autograf daripada Karina Aespa, namun tampaknya usaha mereka tidak berhasil.

Sebaik saja perlantikan juruaudit itu dibuat, Lee Chang Hwan , CEO Align Partners Asset Management berkata, “SM Ent. sepatutnya bekerja untuk memperkembangkan syarikat, bukannya untuk memenuhi tuntutan segelintir individu. Terimalah keputusan ini dengan hati terbuka.”

Lee Soo Man yang masih menjadi pemegang saham terbesar dengan 18.5%, tumpas di tangan gabungan pemegang minoriti berjumlah 60.23%. Kalangan pemegang-pemenang saham minoriti ini terdiri daripada Align Partners (0.21%), Samsung Securities (0.62%), CHL Investment (0.04%), National Pension Service (6.16%) , KB Asset Management (5.13%) serta pemegang-pemegang saham individu yang masing-masing berjumlah 0.70%, 0.91% dan baki lain yang tak dinamakan.

Sumber: asiae

loading...