[Gempar] Seok Jin BTS alami kemalangan hingga memaksanya untuk buat pembedahan kecemasan

Kim Seok Jin atau Jin BTS mengalami kecederaan kecil sehingga memaksanya memakai balutan pada jari telunjuknya selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Menurut laporan daripada Big Hit Ent, Jin BTS mengalami kemalangan tersebut ketika sedang melakukan rutin hariannya.

“Jari telunjuk kiri Jin tercedera ketika melakukan rutin hariannya dan dia sempat dikerjakan ke hospital pada 18 Mac 2022 untuk rawatan selanjutnya. Doktor memaklumkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan dengan segera kerana tisu otot jarinya sudah rosak. Jin akhirnya mengikut saranan doktor lalu membaiki semula otot ekstensor pada jari telunjuk kirinya tengah hari yang sama,” ujar jurucakap agensi itu.

“Jin dilepaskan daripada hospital pada 19 Mac dan sedang berehat. Dia akan memakai balutan buat sementara untuk proses penyembuhan,” sambung jurucakap itu lagi.

BTS baru saja menghabiskan konsert jelajah mereka di Seoul dan kini dalam persediaan untuk membuat persembahan di Grammy Awards.

Sumber: N/A

loading...