Peminat mula menyerbu laman instagram peribadi milik Haechan NCT sebaik saja dibuka olehnya sebentar tadi.
Menggunakan nama “haechanahceah”, Haechan memuatnaik beberapa foto dirinya memakai topi keledar sebagai hantaran pertama. Di ruang komentarnya pula, Doyoung sempat menulis ‘Haestagram’ menjadi bukti bahawa akaun tersebut dikendalikan oleh Haechan sepenuhnya semenjak tertubuhnya akaun instagram “fullsun_ncit” yang dipercayai telah diuruskan oleh staf terbabit.
Akaun peribadi Haechan itu dijangka akan mencecah satu juta pengikut di dalam tempoh dua jam saja berdasarkan carian di instagram setakat ini. Haechan menjadi ahli NCT kesebelas membuat akaun instagram tersendiri di samping Renjun, Jaemin, Mark, Taeil, Winwin, Taeyong, Yuta, Doyoung, Johnny, dan Jaehyun.
Sementara itu, Doyoung, Mark Lee dan Haechan bakal melancarkan lagu kolaborat terbaru berjudul ‘coNEXTion(Age of Light)’ yang dinukilkan oleh Mark Lee pada 20 Mac 2022 depan di dalam kenyataan dibuat menerusi slot THE NCT SHOW yang berlangsung sebentar tadi. Lagu ini kemudiannya disusuli dengan ‘comeback’ album terbaru daripada NCT Dream sendiri iaitu ‘Glitch Mode’ yang turut menampilkan Haechan.
썬앤문!!!! pic.twitter.com/791TbJT6Wh
— 해찬📎 (@Haechan_Clip) March 16, 2022
Sumber: instagram, Youtube