Konsert Red Velvet ditunda serta-merta selepas Irene, Joy & Yeri disahkan positif Covid-19

SM Entertainment bertindak menangguhkan konsert Red Velvet yang dijadualkan pada 19 hingga 20 Mac ini selepas Irene, Joy dan Yeri dijangkiti Covid-19.

Jurucakap agensi itu berkata, “Irene, Joy dan Yeri telah menjalani ujian kendiri Covid-19 dan ujian PCR-nya telah menunjukkan positif. Ketiga-tiga mereka telah pun mengambil dua dos suntikan vaksin, dan sedang berehat untuk dikurantinkan ke dalam rumah masing-masing tanpa sebarang gejala.”

“Atas sebab itu, Konsert ‘2022 The ReVe Festival: Prologue’ yang dijadualkan pada 19 hingga 20 Mac ini akan ditunda serta-merta dan bayaran tiket boleh ditebus semula. Tentang tarikh konsert berikut, kami akan menimbang dan akan memutuskannya kemudian,” ujarnya lagi.

Pihak agensi turut mengesahkan bahawa album mini terbaru Red Velvet, ‘The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm’ tetap dilancarkan pada 21 Mac 2022 depan.]

 

‘The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm’ merupakan ‘comeback’ terkini mereka sejak tujuh bulan lalu. Kali terakhir mereka mengeluarkan album adalah menerusi ‘Queendom’.

Sumber: inews24

loading...