T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun daripada kumpulan BigBang dijangka akan membuat ‘comeback’ semula selepas 5 tahun bersama Bigbang untuk lagu terbaru mereka.
Di dalam temuduga bersama majalah Prestige Hong Kong, T.O.P menceritakan tentang skandal penyalahgunaan ganja yang ditakrifkan sebagai momen buruk di dalam hidupnya dan bermulanya proses hiatus untuk sekian lamanya.
T.O.P yang menderita kemurungan sejak kecil lagi berkata, “Aku pernah hampir-hampir bunuh diri pada 5 tahun lalu. Selepas itu, aku sedar betapa aku telah menyakitkan orang di sekelilingku, keluarga dan juga para peminat.” Menurut laporan media ketika itu, T.O.P ditangkap oleh pihak polis kerana menghisap ganja sehingga mendorongnya mengambil langkah ekstrem itu pada 6 Jun 2017 sebelum ditemui pengsan kerana menghisap dos secara berlebihan. Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman pergantungan selama dua tahun.
Disebabkan itu juga, T.O.P cuba untuk berhenti daripada berkecimpung di dalam industri muzik lagi, namun tidak dapat berbuat demikian kerana muzik juga menjadi pencetus untuknya bangkit semula agar dapat keluar daripada kegagalan yang dialaminya. “Aku telah menulis lebih 100 lagu di dalam lingkungan 5 tahun ini sahaja. Memikirkan untuk mengisi rak buku sendiri (dengan lagu-lagu ciptaan) menjadi pendukung untukku bangkit semula,” katanya.
T.O.P juga secara terbuka mengecam sistem merekruit para pelatih baru Kpop. “Kesemua pelatih diletakkan di dalam suasana yang agak teruk. Mereka dipaksa berlatih menjadi seperti robot. Aku nampak mereka keseorangan. Aku tak mahu jadi produser robot. Aku mahu menghasilkan artis yang betul-betul dan membantu mereka. Aku terfikir untuk menghasilkan kumpulan yang berbeza dengan Big Bang,” katanya lagi.
Meskipun begitu, T.O.P yang tidak lagi menyambung kontrak bersama YG Ent., mungkin akan beraksi kali terakhir bersama Big Bang. “Secara jujurnya, aku tak nak fikir ini kali terakhir kami bersama,” ujarnya.
Sumber: sport chosun