Agensi Lee Yoo Bi menafikan tuduhan Youtuber yang mengatakan Lee Yoo Bi sedang hangat bercinta dengan Jungkook BTS.
Menurut jurucakap agensinya, “Saya dah banyak kali dengar khabar angin tentang percintaan antara selebriti ini. Tapi, apa yang saya tahu, Lee Yoo Bi tak pernah kenal atau jumpa Jungkook. Saya pernah tanya dan dia kata kenal Suga (Yoongi BTS) sebaliknya.”
Tambahnya lagi, “Bila saya tanya lagi pasal khabar angin ini, Lee Yoo Bi hanya tergelak sakan. Dia ketawa sebab khabar angin itu sudah ternyata palsu.”
Khabar angin tersebut bertebaran selepas seorang Youtube (orang yang sama mendedahkan cerita sensasi mengenai Yoo Ah In sebelum ini) memuatnaik video tentangnya, memetik alasan kerana kedua-duanya pernah berkongsi barangan sama dan pernah membuat ‘lovestagram’ di laman sosial.
Sumber: stoo asiae, sport chosun