Lincah menari bak Michael Jackson, Taeyong NCT berjaya memukau ribuan penonton di atas pentas

May be an image of 3 people

Taeyong NCT membuktikan dia bukan sekadar popular saja, namun keringat yang diperah untuk bergelar artis Kpop itu bukanlah satu tandingan semata-mata.

Taeyong membuat persembahan bersama rakan subunit NCT, NCT 127 untuk konsert jelajah Neocity Seoul : The Link selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Disember 2021. Persembahan Taeyong yang diselangi dengan gerak tari yang seksi sambil membuang topi itu membuatkan penonton terpegun, sedikit sebanyak mengingatkan penonton kepada mendiang Michael Jackson.

Gambar-gambar Taeyong melakukan aksi tarian itu telah dikongsikan peminat di serata dunia termasuklah di laman twitter dan forum tempatan.

NCT kini di dalam mempromosikan album ketiga, ‘Universe’ dengan gabungan semua subunit terbabit, NCT U, NCT 127, Way V dan NCT Dream. Single ‘Beautiful’ yang turut dilancarkan serentak dengan pengeluaran album, setakat ini memperolehi 10 juta tontonan dalam sehari saja.

Sumber: N/A

loading...