IZONE akhirnya dibubarkan selepas dua tahun setengah beroperasi.
Perkara itu telah pun disahkan oleh Mnet sebentar tadi. “Berkenaan projek IZONE yang melibatkan usahasama antara Mnet, Swing Ent. dan Off The Record, dukacitanya dimaklumkan bahawa kumpulan ini akan terbubar menjelang April depan seperti dirancangkan. Konsert terakhir ONE, THE STORY akan dibuat pada 13 dan 14 Mac ini bagi menghargai sokongan peminat terhadap IZONE,” kata jurucakap pihak produksi Mnet.
“Kami ucapkan terima kasih kepada 12 orang ahli IZONE yang memberikan khidmat terbaik mereka, dan akan sentiasa kerjaya mereka agar cerita fantasi mereka dapat diteruskan,” kata jurucakap itu lagi.
Konsert yang diberikan nama sebagai “IZ*ONE ONLINE CONCERT [ONE, THE STORY]”, merupakan konsert pertama mereka sejak ‘ONEIRIC THEATER’ yang dibuat pada bulan September tahun 2020. Ketika itu, IZONE menyediakan berbagai-bagai kemudahan teknologi terkini seperti Realiti berperantara (“Augmented Reality (AR)”) dan Realiti terluas (“Expanded Reality (XR)”) bagi menghiburkan peminat.
Konsert ini pula dikatakan akan menampilkan barisan kugiran secara langsung di atas pentas dan juga memperkenalkan unit pentas yang baru.
IZONE mencatatkan kegemilangan berterusan sejak diperkenalkan pada Oktober tahun 2018 sebagai pemenang rancangan realiti tv “Produce 48”, siri Produce keluaran Mnet untuk musim ke-3. Setakat ini IZONE telah mengeluarkan 3 album di Korea dengan setiap satu daripadanya telah merekodkan jualan melebihi 350,000 unit, sehingga pernah tercatat sebagai album kumpulan kpop perempuan paling laris di dalam seminggu, menurut Hanteo sebelum rekod itu dipecahkan oleh Blackpink kemudian.
Malah, satu-satunya album keluarannya mereka di Jepun pada Oktober lalu, “Twelve” turut mencatatkan jualan melebihi 124,178 unit di dalam sehari, sekaligus memecahkan rekod yang pernah disandang oleh TWICE sebelumnya selain menduduki posisi no.1 di dalam carta mingguan Oricon dan Billboard Japan.
Sumber; donga