Polis serbu premis perniagaan yang menjual gambar & video ‘deepfake’ artis-artis Kpop

May be an illustration of one or more people

Polis menyerbu premis yang menjalankan perniagaan hasil jualan video dan gambar ‘deepfake’ artis-artis Kpop di atas talian.

Serbuan yang dibuat pada 25 Feb 2021 hari ini telah menahan dua orang remaja berusia 18 tahun kerana telah melanggar Undang-undang Keganasan Seksual dan tiga lagi dalam usia lingkungan 10-an dan 20-an di atas dakwaan yang sama. C yang merupakan pemilik premis perniagaan terbabit didapati telah menyediakan platfom ‘server’ untuk menyebarkan video dan gambar ‘deepfake’ berkenaan.

Berdasarkan siasatan polis, A dan B telah mengaut keuntungan bernilai melebihi 1.3 juta won (~RM4,738) hasil jualan video dan gambar ‘deepfake’ tersebut berpandukan kepada muka 150 artis-artis Kpop yang telah diubahsuai di Twitter sekitar bulan Disember tahun 2020. Siasatan polis juga mendapati sebanyak 3,309 gambar dan 11,1373 video telah disebarkan oleh A dan B yang merupakan bekas pelajar sekolah.

Antara video dan foto deepfake yang dipetik di dalam rampasan polis.

‘Deepfake’ atau erti kata lain, ‘Palsu Tulen’, ditakrifkan sebagai bahantara yang menggantikan rupa atau wajah seseorang dalam media audiovisual sedia ada (baik gambar atau video) dengan rupa orang yang lain menggunakan rangkaian neural buatan. Bahantara ini selalunya digunakan dengan menggabungkan dan menindan bahantara sedia ada ke atas bahantara asal menggunakan kaedah pembelajaran mesin yang dikenali dengan nama pengekod auto dan rangkaian perseteruan janaan (GAN). Teknologi ‘deepfake’ ini mendapat tuntutan tinggi di pasaran kerana pengguna mahu memuaskan nafsu mereka dengan membayangkan artis-artis Kpop tersebut melakukan seks, lebih teruk lagi apabila dijadikan sebagai bahan fitnah untuk menunjukkan artis-artis Kpop itu pernah melakukannya.

“Kebanyakan gambar palsu yang disebarkan di internet dirujuk sebagai penghinaan intelek kerana mengubahsuai gambar-gambar selebriti. Ia jenayah yang sangat berbahaya. Meskipun pelaku ialah remaja, kami tiada pilihan selain menangkapnya,” kata jurucakap balai polis Busan yang melakukan serbuan itu.

Sumber: nocutnews

loading...