Seorang netizen mendakwa dirinya pernah dibuli oleh Jo Byung Gyu beramai-ramai ketika belajar di sekolah dulu

May be an image of 1 person and text

Pelakon Jo Byung Gyu yang semakin popular selepas berlakon di dalam drama korea bertemakan superhero, OCN Uncanny Counter berdepan dengan tuduhan daripada seorang netizen yang mendakwa dirinya pernah dibuli oleh Jo Byung Kyu pada suatu ketika dulu.

Menurut satu hantaran yang dibuat di laman komuniti forum tempatan, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika mereka belajar bersama-sama di Westlake High School bertempat di New Zealand lebih kurang 10 tahun lalu.

“Ketika aku berusia 16 tahun untuk belajar bahasa Inggeris, aku berhijrah ke New Zealand menuju ke asrama yang disediakan. Hidupku sukar kerana terpaksa berjimat-cermat dan perlu berinteraksi dengan kawan-kawan yang bukan berbangsa Korea,” katanya sebagai mukadimah.

“Aku terserempak dengan budak dengan seluar ketat dan rambut diwarnakan iaitu Jo Byung Gyu di kelas yang sama yang menyuruhku untuk keluar. Tiba-tiba ketika sedang makan sorang-sorang, aku dipanggil dua budak lelaki Korea dan ikuti diorang tanpa berfikir panjang. Aku dikerumuni lebih 30 orang dengan 3/4 daripadanya adalah senior. Aku dengar ejekan macam-macam daripada diorang sehingga membuatkanku malu dan tak lalu lagi untuk meratah makanan di waktu tengah hari,” kata netizen itu lagi.

Tambahan lagi, netizen itu cuba melaporkan kepada pejabat kedutaan pelajar Korea, namun diminta untuk tidak memanjangkan perkara berkenaan selepas berbincang dengan pengurus yang dipertanggungjawabkan. Jelasnya lagi, dia mahu Jo Byung Gyu membuat permohonan maaf kepadanya dengan kadar segera supaya perkara itu tidak berulang lagi selepas rundingannya dengan agensinya tidak berhasil.

Sumber: nate, topstarnews

loading...