Risau ada yang memerhati, Donghyun minta Joochan Golden Child jangan tanggalkan baju depan peminat

May be an image of 3 people

Donghyun tampaknya begitu risau dengan tindakan Joochan untuk menanggalkan baju di dalam rumah yang didiami oleh mereka bersama ketika VLive sedang berlangsung di depan peminat.

Sewaktu Donghyun dan Sungyoon sedang berebutkan makan ayam goreng, Joochan dan Jangjun datang bertandang untuk mendapatkan baki ayam goreng yang sedia ada. Joochan cuba untuk menanggalkan bajunya, namun dihalang oleh Jonghyun untuk berbuat demikian.

Ditanya kenapa sampai perlu ditegah, sambil menunjukkan cermin di belakangnya, Donghyun mendakwa peminat boleh mengintai tubuh badannya menerusi cermin berkenaan dan cuba untuk memadamkan VLive tersebut. Joochan dan lain-lain tergelak mendengarnya.

“Kenapa nak halang? Kita bukan dalam rumah ke?, ” kata Janggun cuba mempertahankan tindakan Joochan. Jangjun kemudiannya dilihat menari-nari di belakang Joochan.

Dalam Vlive berkenaan yang memaparkan bilik asrama mereka buat sekian kalinya, Donghyun turut mengomel tentang makanannya yang sering ‘diambil’ oleh rakan-rakan Golden Child lain tanpa pengetahuannya. Donghyun yang comel itu acapkali dihargai oleh rakan-rakan Golden Child lain terutamanya Jaehyun kerana sifat mendengar dan penyayang dimiliki olehnya.

Golden Child kini mengeluarkan muzik video “Burn It” versi drama.

Sumber: twitter

loading...