Hidungnya kelemayuh kehitam-hitaman, Gao Liu dedah betapa perit hidupnya akibat pembedahan plastik tak menjadi

May be an image of 2 people

Gao Liu, pelakon China mendedahkan pembedahan plastik yang gagal dilakukannya sehingga menyebabkan hidungnya mengalami gangren (kelemayuh).

Menjelaskan kenapa dia terpaksa mendiamkan diri sejak sekian lama, Gao Liu berkongsikan gambar-gambar di laman sosial weibo yang berjumlah 5 juta pengikut itu, menunjukkan keadaan hidungnya yang rosak dan kehitaman-hitaman selepas menjalani pembedahan plastik dengan tisu di hujung hidungnya telah mati.

“Saya pergi buat pembedahan plastik untuk dapatkan potongan hidung sedikit supaya kerjaya bertambah mekar nanti. Prosedur itu berlangsung selama empat jam. Dalam masa empat jam itu, saya ingatkan saya bertambah cantik,” kata Gao Liu.

Selepas empat jam menjalani pembedahan memasukkan implan ke dalam hidungnya, hidungnya jadi gatal dan akhirnya dijangkiti bakteria. Pada 1 November, hospital memaklumkan Gao Liu terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi untuk membuang prosthesis itu, namun tidak berhasil. Gao Liu kemudiannya memeriksa data hospital berkenaan dan mendapati hospital itu tiada lesen untuk membuat pembedahan berikut.

Kesal dengan kegagalan pembedahan plastik itu, Gao Liu mendakwa dia kehilangan kerja dan kerugian sebanyak 2 juta yen (~RM77,229). Malah, dia mungkin terpaksa mendapatkan peguam bagi memfailkan saman terhadap hospital itu.

Sumber: sina weibo

loading...