Hina orang kulit hitam & Asia Tenggara seawal usia belasan tahun, Han Jisung Stray Kids digesa mohon maaf

May be an image of 1 person and text that says '여긴 내 왕국 ??? 니 머리에 뭐가 들었니 ??? 돌았니 라고 말하지만 싸이코는 아니야 ??? Colony 머리에서 나오는 거품이 ??덤비니 개미 베끼야 덤비지 마 나가 아무리 커도 넌 ????? 넌 짝퉁 난 오리지널 니가 또 덤비면 난 ??? go ?? Like basquiat yourself 넌 종신형 여긴 정신병원 너의 영원한 집 제발 좀 나대지 마 넌 필요해 좋나게 깝치던 게 결국 하는 짓은 너를 까는 데는 최고(?) 넌 이미 내게 졌지 넌 깜둥이 외국인 노동자 you ??? 아무리 봐도 그건 ??? 넌 겁나게 재수없어 니가 입은 나이키 ???? 그건 니가 ???'

Han Jisung Stray Kids baru-baru ini dikecam oleh netizen berikutan lirik lagu yang ditulisnya sebelum “debut”, difahamkan seawal usia 13 atau 14 tahun, adalah didapati berbaur penghinaan terhadap orang kulit hitam.

Lirik lagu berentakkan hip hop itu dikatakan ditujukan khas buat kaum berkulit hitam, orang gila yang tinggal di rumah sakit jiwa, orang kurang upaya serta segelintir orang Asia Tenggara dengan menyelarkan mereka sebagai ‘psikopat’ dan juga pendatang.

Di dalam klip video yang disertakan juga, Han Jisung menyebut perkataan “kkamdoongie”, carutan yang biasanya ditujukan buat mereka berkulit gelap berasal dari Asia Tenggara, yakni pendatang asing yang mencari rezeki di Korea Selatan.

Sebilangan peminat yang terkesan dengan penghinaan terhadap orang kulit hitam itu mendesak Han Jisung memohon maaf dengan segera memandangkan penyanyi itu mungkin terkhilaf kerana usianya yang masih belasan tahun ketika itu. Malah, sebelum diterima sebagai pelatih JYP pada usia 13 tahun lagi, pengalaman Han Jisung menuntut di sekolah antarabangsa Fairview bertempat di Ampang, Selangor, Malaysia selama enam tahun telah disalahanggap sebagai penghinaan terhadap warganegara Malaysia yang bekerja di Korea Selatan.

JYP Ent. sedang dihubungi untuk memberikan kenyataan lanjut mengenainya.

Sumber: N/A

loading...