Jinyoung GOT7 akhirnya ikat kontrak dengan BH Entertaiment

Selepas kerjaya seni Jackson Wang diuruskan oleh Team Wang dan Youngjung kini bersama Sublime Artist Agency, Jinyoung pula menyertai BH Entertainment.

Pada 28 Januari, BH Entertainment telah mengumumkan menerusi siaran akbar rasmi yang menyatakan bahawa mereka telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Jinyoung.

Sumber dari agensi tersebut menyatakan, “Melalui sistem BH Entertainment, kami akan memberikan sokongan material dan emosi untuk kerjaya Jinyoung yang pelbagai cabang sebagai pelakon dan pemuzik.”

BH Entertainment dikenali sebagai agensi lakonan yang terkenal, kerana kini dihuni oleh para pelakon hebat seperti  Lee Byung Hun, Kim Go Eun, Park Bo Young, Park Hae Soo, Ahn So Hee, Yoo Ji Tae, Jung Woo, Lee Jin Wook, Han Ga In , Han Ji Min, Han Hyo Joo, Lee Ji Ah, Kim Yong Ji, dan ramai lagi.

Selain kerjaya muzik bersama GOT7,  Jinyoung mula debut sebagai pelakon dalam drama KBS 2012 “Dream High 2” dan terus membintangi projek drama seperti “My Love Eun Dong,” “The Legend of the Blue Sea,” “He Is Psychometric,” dan “When My Love Blooms.”

Apapun, selamat maju jaya buat Jinyoung dengan pengurusan yang baru ini.

Sumber : OSEN

loading...