Gaiss, sedar tak sedar kita nak masuk ke tahun 2021. Since 2020 sangat mencabar, hopefully 2021 will bring sweetness to us, dan jadikan kita lebih kuat serta matang untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Dah habis ke korang tengok kesemua drama Korea yang tayang tahun 2020 ni? Drama apa pada korang paling hebat dan sebaliknya? Biasanya, untuk drama-drama public tv macam KBS, SBS dan MBC penulis selalu refer pada keputusan drama awards yang diadakan oleh stesen-stesen tv ni. Kategori kesukaan selalunya Daesang dan Drama of The Year selain kategori-kategori lain yang dipertandingkan.
Well, seperti biasa, ini dia 4 buah drama Korea terbaru yang akan memulakan siarannya pada Januari 2021. So, let’s check it out the list.
-
Be A Meal (MBC)
“Be A Meal” mempunyai 120 episode yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat . Drama harian ini dibintangi oleh Jung Woo Yeon, Jae Hee, Kwon Hyuk, Kang Da Hyun, Jo Han Joon dan ramai lagi. Drama ini digarap oleh sutradara Baek Ho Min dan penulis skrip Ha Chung Ok. Keduanya pernah bekerjasama dengan Jae Hee menerusi drama MBC “You Are Too Much” yang ditayangkan pada tahun 2017.
“Be A Meal” adalah sebuah drama yang menggembirakan yang menyentuh mengenai cinta, persahabatan, dan makanan! Ia mengisahkan seorang wanita bernama Young Shin yang impiannya semakin berkembang ketika bekerja disebuah restoren. Young Shin berumur dalam lingkungan 20an dan digambarkan seorang yang sangat optimis. Dia pakar dalam memasak terutamanya dalam menyediakan hidangan tradisi Korea. Young Shin kemudian bertemu dengan orang-orang yang akan memberikan impak besar pada kehidupan dan kariernya, termasuk pertemuan dengan Kyung-Soo (Jae Hee), yang begitu mengambil berat tentangnya.
Drama ini akan mula ditayangkan pada 11 Januari depan dirangkaian MBC.
2. Senior, Don’t Put on That Lipstick/She Would Never Know (JTBC)
“She Would Never Know” adalah adaptasi dari sebuah novel popular dengan tajuk yang sama. Ia mengisahkan tentang kisah cinta dipejabat yang rumit di antara dua rakan rekerja yang bertemu dalam pasukan pemasaran bagi satu jenama kosmetik. Won Jin Ah akan membawakan watak sebagai perfectionists Yoon Song Ah, senior kepada Chae Hyun Seung yang sangat kacak. Nampaknya, kali ini JTBC kembali mengangkat tema noona romance!
Chae Hyun Seung seorang jejaka yang boleh dikatakan sempurna dimata setiap wanita. Dengan personaliti yang tampan, seksi, kelakar dan sehinggakan auranya boleh menbuatkan sesiapa saja jatuh cinta kepadanya. Biarpun menjadi idaman ramai wanita, namun dihatinya cuma ada Yoon Song Ah. Sebenarnya Yoon Song Ah merupakan wanita idaman Hyun Seung sejak zaman belajarnya. Demi mendapatkan cintanya, dia rela bekerja dipejabat yang sama dengan Yoon Song Ah agar dapat bertemunya setiap hari.
Yoon Song Ah pula telah bekerja dalam pasukan pemasaran jenama kosmetik selama tiga tahun. Meskipun kelihatan manis dan ayu, dia sebenarnya sangat tegas dalam ketika bekerja. Dia sangat menyukai kosmetik sehinggakan dia mengimpikan brand kosmetiknya sendiri.
Bagaimanapun, Chae Hyun Seung perlu bekerja keras untuk menawan hati Yoon Song Ah kerana wanita itu tidak mahu bercinta dengan lelaki yang muda darinya.
“She Would Never Know” disutradarai oleh PD Lee Dong Yoon, yang terkenal dengan beberapa drama hits seperti MBC “Queen’s Classroom”, MBC “Fated To Love You”, dan “20th Century Boy and Girl.” Drama ini akan bersiaran dirangkaian JTBC mulai 18 Januari bagi mengisi slot drama Isnin dan Selasa.
3. Are You Leaving? / Will You Leave? (Web Drama – SKY Channel)
“Are You Leaving” adalah adaptasi dari sebuah webtoon dengan tajuk yang sama. Ia bertemakan tentang fantasi muzikal romantis yang mengisahkan tentang perjuangan anak muda diusia 20an dalam mengejar cinta dan impian mereka.
Chani SF9 membawakan watak Park Yeon, seorang pemuzik yang juga turut dikenali sebagai salah seorang antara tiga pemuzik handalan selain U Reuk dan Wang San Ak. Park Yeon digambarkan sebagai pemuzik genius dari zaman Goryeo. Dia jmemiliki keperibadian yang baik, jujur, serta naif, dan cinta adalah segalanya baginya.
Pelakon rookie Park Jung Yeon pula memegang watak Min Yoo Jung, seorang busker dari zaman masa kini. Nasibnya tidak begitu baik namun pada satu hari dia memutuskan untuk mengejar impiannya menjadi seorang penyanyi.
Manakala Lee Seung Hyub dari Kumpulan N.Flying sebagai Lee Won, seorang pemuzik dizaman Goryeo dan merupakan seorang idol dimasa kini. Sebagai vokalis bintang, dia mempunyai keinginan dan tekad yang luar biasa ketika bekerja. Dengan bakat semula jadinya, Lee Won berjaya mengukir populariti hasil kerja kerasnya. Lee Won juga menerapkan etika kerja ini dalam misinya untuk memenangi hati Yoo Jung.
“Are You Leaving” akan memaparkan backdrop dewan muzik istana era Joseon dan juga agensi hiburan pada masa sekarang. Siri web drama akan menggabungkan fantasi, muzik, dan percintaan yang relevant sepanjang penceritaan yang melibatkan dua zaman yang berbeza. Drama ini akan bersiaran menerusi SKY Channel sekitar Januari depan.
4. Marriage Lyrics, Divorce Composition / Marriage Story (TV Chosun)
“Marriage Lyrics, Divorce Composition” akan menceritakan kisah tiga wanita protagonis yang menawan berusia 30-an, 40-an, dan 50-an di mana mereka berdepan dengan musibah yang tidak dapat dijangkakan, dan juga perlu menangani masalah pasangan suami isteri ketika mereka berusaha mencari cinta sejati. “Marriage Lyrics, Divorce Composition” menjadi drama pertama penulis skrip Im Sung Han dalam tempoh lima tahun.
Sung Hoon akan membawakan watak sebagai peguam Pan Sa Hyun, yang jatuh cinta dengan isterinya Boo Hye Ryung (lakonan Lee Ga Ryung) setelah melihatnya bermain drum. Pasangan ini telah berkahwin selama tiga tahun dan tidak mempunyai anak. Lee Ga Ryung pula sebagai Boo Hye Ryung, seorang DJ radio dan pernah menjadi wartawan berita. Ini merupakan pertama kali Lee Ga Ryung titawarkan sebagai watak utama dalam drama.
Sementara itu, Lee Tae Gon akan membawakan watak Shin Yoo Shin, suami kepada Sa Pi Young (lakonan Park Joo Mi) dan merupakan pengarah hospital di jabatan neuropsyatri. Sa Pi Young pula adalah pengarah produksi untuk rancangan radio, dan selalu melakukan yang terbaik untuk menguruskan rumah, anak-anak dan suaminya.
Lee Min Young sebagai penterjemah Cina yang mahir, Song Won, dan pernah bercerai. Jun Soo Kyung pula akan mengambil peranan sebagai Lee Si Eun, seorang penulis utama rancangan radio dan juga isteri kepada Park Hae Ryoon (lakonan Jeon No Min). Kedua-duanya telah berkahwin selama 30 tahun, dan Lee Si Eun telah memberikan semua perhatiannya kepada suami dan anak-anak. Manakala, Park Hae Ryoon pula seorang dekan di jabatan teater dan filem Universiti Sun Jin, dan dia menjadi profesor berkat sokongan Lee Si Eun.
“Marriage Lyrics, Divorce Composition” akan bersiaran sekitar Januari depan menerusi TV Chosun.
Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys and Happy New Year, 2021! Apapun, please wearing your mask especially in the public, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness)