Subin Dal Shabet sekali lagi terbabit dalam kemalangan jalan raya yang kali ini melibatkan pelanggaran dengan empat buah kereta di terowong Yeonpung berdekatan dengan Lebuhraya Pulang Jungbu tengah hari.
“..Dia cepat-cepat dibawa ke hospital untuk rawatan. Kami mengesahkan tiada kecederaan fizikal yang boleh membawa maut,” jelas agensi Image9 sebentar tadi. Subin dikatakan sedang perjalanan untuk menjalani episod dokumentari mengenai dirinya untuk MBN ‘Miss Back’.
Polis juga sedang menyiasat kejadian berkenaan dan jadual aktivitinya akan diubahsuai bergantung kepada keputusan pemeriksaan kesihatannya.
Ini juga kali pertama Subin terbabit di dalam kemalangan jalan raya apabila beliau juga pernah yang hampir-hampir diragut nyawanya setelah kereta dinaikinya melantun terbalik sekitar tahun 2014. Kejadian tersebut menyebabkan beliau terpaksa berehat dan promosi Dal Shabet ditangguhkan begitu lama.
Subin akan membintangi drama web terbaru, ‘Wish You’ yang akan bersiaran pada Disember depan.
Sumber: sport chosun