Album ‘Eyes Wide Open’ kurang dapat sambutan di Korea, apa sudah terjadi pada TWICE?

Image may contain: 9 people, people standing and indoor

TWICE telah melancarkan ‘Eyes Wide Open’ semalam, 26 Oktober 2020.

Ia dikeluarkan sebagai menyambut ulang tahun kelima mereka di dalam industri seni, dengan hampir kesemua lagu di dalam album ini disumbang liriknya oleh majoriti ahli-ahli TWICE buat pertama kali di dalam sejarah karier nyanyian mereka. Album ini menyusul ‘More&More’ pada bulan Jun 2020 lalu dan merupakan album studio (penuh) kedua mereka selepas Twicetagram pada tahun 2017.

Bagaimanapun, tindakan pihak pengurusan JYP tidak mengeluarkan berita tentang jualan pembelian awal ‘Eyes Wide Open’ yang lazimnya dipetik daripada Gaon seperti amalan sebelum ini, menimbulkan tanda tanya peminat, sekaligus menunjukkan sesuatu tidak kena dengan strategi JYP mengeluarkan album penuh secara tergesa-gesa setelah penat berhempas-pulas dengan promosi album ‘More&More’ di Korea dan album #TWICE3 di Jepun dalam selang hanya beberapa bulan.

Malah, kiraan jualan album ‘Eyes Wide Open’ setakat ini menurut Hanteo, juga tidak menunjukkan prestasi yang agak baik seperti ‘More&More’ dan beberapa album pernah kecapi sebelum ini, dengan anggaran kira-kira 100k unit bakal dicapai di dalam sehari. Sebelum ini, ‘More&More’ mampu mencatatkan 274,472 unit di dalam masa sehari saja menurut Hanteo.

Lagu ‘I Can’t Stop Me’ yang dijadikan sebagai single utama album berkenaan, juga setakat ini hanya mampu meraih kira-kira 17 juta tontonan, tidak menunjukkan tanda-tanda akan melakarkan rekod persendirian yang gemilang buat TWICE sebaik saja detik 24 jam bakal berakhir pada jam 5 petang ini. MV ‘More&More’ sebelum ini mencipta rekod persendirian sebanyak 19.1 juta tontonan di Youtube di dalam masa sehari. Pretasi yang lebih kurang sama juga dicatatkan di dalam carta-carta muzik harian seperti Genie, Bugs, Melon dan FLO di mana ‘I Can’t Stop Me’ yang biasanya didominasi oleh TWICE sebaik saja single berserta album pertama kali dilancarkan. Menembusi Top 10 terbaik terutamanya di dalam carta muzik Melon juga kelihatan sukar untuk ditembusi, tidak seperti ‘More&More’ mampu melakukannya sebelum ini.

Barangkali strategi pemasaran kali ini kurang menjadi pada TWICE untuk segera mengeluarkan album dalam selang beberapa bulan saja berikutan persaingan sengit dengan beberapa kelompok kumpulan kpop perempuan yang semakin mendapat perhatian di Korea seperti Blackpink yang terlebih dahulu dikenali di serantau dunia sebelum mencipta rekod sangat menakjubkan di Korea pada tahun 2020 ini serta IZ*One yang melakarkan rekod jualan album tertinggi di dalam seminggu sebanyak dua kali sebelum ini.

“Kita mungkin kalah kali ini, tapi perjuangan tetap diteruskan,” kata seorang peminat yang dipetik daripada sumber. Semangat peminat ini selari dengan apa yang cuba diungkapkan oleh Nayeon mengenai album terbaru mereka.

“‘Membuka mata kamu untuk menyelami deria kamu.’ Ketika kami mula selami deria dengan ‘MORE & MORE, ia menjelaskan momen-momen terjadi bilamana kamu (peminat) betul-betul menyelami deria kami cuba tonjolkan di dalam album ini pula,” kata Nayeon menjelaskan maksud di sebalik nama album terbaru ini dengan pendekatan berbentuk retro baharu yang tampak berisiko.

‘Eyes Wide Open’ mengandungi 13 buah lagu. Dahyun, Sana, Nayeon, Jihyo dan Chaeyoung telah menyumbang penulisan lirik sekurang-kurangnya satu lagu untuk dimuatkan ke dalam album ini. Bagi mempromosikan ‘Eyes Wide Open’, TWICE mengadakan persembahan secara langsung menerusi Youtube semalam dengan lebih 2 juta penonton di seluruh dunia menyaksikannya. Ia sedikit berbeza dengan pendekatan mereka sebelumnya yang akan mengadakan sidang media sebaik saja album dilancarkan. Dalam masa sama, TWICE turut mengadakan sesi diskusi bersama SBS Radio Star bagi tujuan tersebut.

Sumber: OSEN, ytn

loading...