Irene & Seulgi Red Velvet terpalit isu dakwaan pernah ‘mengasari’ seorang editor majalah tersohor

Image may contain: 3 people, text that says 'FBI'

Seorang editor majalah tersohor, Kang Kook Hwa mendakwa ada segelintir selebriti telah bersikap biadap sehingga mengeluarkan kata-kata cacian terhadapnya.

Memulakan ceritanya dengan insiden ‘amukan kacang Macadamia’ oleh chaebol terkemuka, Heather Cho selain insiden mantan CEO TV Chosun memaki-hamun pemandu keretanya yang berusia 50 tahun, Kang Kook Hwa mempersoalkan bagaimana mereka dibesarkan seperti ini dan menyamakannya dengan insiden yang dialaminya baru-baru ini.

Tanpa menamakan selebriti tersebut, Kang Kook Hwa berkata dia telah dimarahi bertalu-talu olehnya. “Sepatutnya saya sudah bersedia cerita kurang enak didengari sebelum menemuinya. Hari ini, saya tidak terungkap apabila orang ini ‘menikam’ saya dengan kata-kata cacian seperti jarum elektrik. Saya tiada pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengan wajah yang memarahi saya dalam keadaan seolah-olah sedang histeria. Orang ini tak beri saya peluang untuk memahami situasi itu, malah untuk saya menjelaskannya kerana dia tak dengar apa-apa dah. Tak pernah lagi hadapi orang sebegitu sejak bekerja selama 15 tahun,” katanya.

Selain itu, Kang Kook Hwa mendakwa selebriti itu juga seorang yang begitu emosional. “Saya macam berada di dalam neraka bersama dengannya di dalam bilik selama 20 minit. Orang ini tak bagi salam, masuk dan terus duduk di atas bangku. Kemudian, dia memaki hamun saya sambil menunjukkan telefon bimbitnya. Orang ini begitu emosi sehinggakan saya tak tahu samada dia bercakap dengan orang lain dalam bilik atau saya. Tapi rupanya, dia memang tujukan pada saya. Saya tertanya-tanya, ‘Orang lain pun pasti alaminya juga bukan?’. Kata-kata caciannya itu ibarat pisau yang menikam saya bertubi-tubi sehingga saya tak tahan lagi dan akhirnya mengalirkan air mata….’Kenapa saya terpaksa hadapi maki hamun sebegitu?’,” tambahnya lagi.

[더팩트 | 이덕인 기자] 그룹 레드벨벳의 슬기(왼쪽)와 아이린이 7일 오후 서울 강남구 분더샵 청담점에서 열린 ‘발렌티노 The VLTN 팝업 오픈’ 기념 행사에 참석해 포토타임을 갖고 있다.

Kang Kook Hwa mahu mendapatkan permohonan maaf daripadanya tetapi selebriti itu cepat-cepat beredar. Dia sempat merekodkan insiden tersebut sekiranya terjadi apa-apa kepadanya satu hari nanti.

Berikutan pendedahan Kang Kook Hwa, ramai netizen mengesyaki selebriti itu berkemungkinan samada Irene atau Seulgi Red Velvet berdasarkan tanda pagar “Psycho dan #Monster dimuatkan sekali bersama dengan cerita tersebut. ‘Psycho’ merupakan single dendangan Red Velvet manakala ‘Monster’ ialah lagu duet dendangan Irene dan Seulgi Red Velvet.

Bagaimanapun, netizen mendakwa Kang Kook Hwa yang pernah bekerja dengan Irene satu ketika dulu, dilihat memuji ketrampilan penyanyi itu sambil berkata, “Budak pemalu ini macam bunga ros.” Mungkin cerita itu sengaja diletakkan tanda pagar sebegitu bagi menambah-nambah lagi kesan membacanya, dakwa netizen.

Sumber: The Fact, sportbiz

loading...