7 idol Korea ini pernah menjadikan Taehyung BTS sebagai ‘role model’ untuk berjaya

Image may contain: 8 people

Taehyung (V) daripada kumpulan BTS, sememangnya menjadi rujukan ‘buku teks’ oleh beberapa orang idol muda sebagai panduan untuk berjaya di masa hadapan. Rata-ratanya merujuk kepada pencapaiannya dalam beraksi dengan cukup sempurna di atas pentas selain caranya berinteraksi dengan peminat.

Berikut ialah penjelasan daripada 7 idol muda dan berbakat ini kenapa mereka memilih Taehyung BTS sebagai ‘role model’ mereka:

1. Park Ji Hoon

Park Ji Hoon, bekas ahli Wanna One yang kini bergelar artis solo dan pelakon sepenuh masa, tidak pernah segan-silu mengakui bahawa dia ialah ‘fanboy’ Taehyung sejak sekian lama, dan merujuk kepada pencapaian Taehyung di atas pentas sebagai panduannya untuk beraksi. Pernah sekali penyanyi itu mendapat perkenan daripada Taehyung, yang berterima kasih di atas ucapan dedikasinya itu.

2. Kim Yo Han

Kim Yo Han, bekas ahli X1 dan akan debut di dalam kumpulan baru OUIBoys tak lama lagi, pernah berangan untuk beraksi seperti Taehyung di atas pentas. “..Saya nak jadi seperti Taehyung BTS kerana beliau telah menunjukkan persembahan cukup berseni seperti seorang seniman,” katanya yang kagum dengan penyanyi daripada kumpulan BTS itu.

3. Kim Woo Seok

Juga bekas ahli X1 yang kini bernaung di dalam kumpulan UP10tion, Kim Woo Seok memuji pakej ketampanan yang dimiliki oleh Taehyung sehingga menamakannya paling terkacak di antara idol-idol. “V memang kacak seperti dalam gambar. Saya betul-betul sukakan V. Saya rasa ekspresi muka dan isyarat tubuh sangat penting, saya tengah pelajari daripadanya,” katanya yang menganggapkan Taehyung sebagai ‘role model’.

4. Jungmo CRAVITY

Jungmo, ahli kumpulan CRAVITY yang baru saja ‘debut’ pada pertengahan tahun 2020 ini, terang-terang menjadikan Taehyung sebagai panduannya beraksi di atas pentas. “Senior V sangat hebat di atas pentas buatkan saya terkesima. Saya nak tunjukkan persembahan yang lebih baik di kemudian hari, seperti juga senior, supaya penonton dapat merasai emosinya.”

5. Younghoon The Boyz

Younghoon tidak meluahkan kekagumannya ke atas Taehyung dengan kata-kata pujangga, tetapi terang-terang mengakui menjadi ‘fanboy’-nya sejak sekian lama. Younghoon pernah menjumpai Taehyung satu ketika dulu dan pernah dihadiahkan patung TATA dan membawa patung itu ke mana saja pada tahun lepas.

Sekali lagi, Younghoon bertaut semula dengan Taehyung di atas pentas di KBS Music Bank dan penyanyi itu dilihat menundukkan rasa hormatnya kepada Taehyung.

6. Yunmin Newkidd

Yunmin mendedahkan Taehyung sebagai ‘role model’-nya dan mahu berkolaborasi dengannya satu masa nanti. “Saya mahu bekerja kuat supaya dapat hasilkan persembahan berpengaruh seperti senior V di atas pentas.” Malah dalam satu bual bicara bersama Newkidd, Yunmin mahu segera bergambar berdua-duaan dengan Taehyung untuk disimpan sebagai kenangan.

7. Beomgyu TXT

Beomgyu daripada kumpulan TXT, yakni junior kepada BTS di dalam agensi sama, mengakui meminati Taehyung sejak menjadi pelatih Big Hit lagi, malah menjadi sumber inspirasinya untuk terus berjaya. Beomgyu dan Taehyung mudah untuk bersemuka sesama sendiri kerana mereka di bawah agensinya yang sama.

Selain ketujuh-tujuh orang idol ini, turut pernah menyatakan kekaguman terhadap Taehyung ialah Lee Taeseung TEEN TEEN, Donggyu Spectrum, True 1the9, Yeonwoo Baikal, Sameul Kim, Haruto TREASURE, Byeongchan VICTON,  dan Jaehyun Golden Child.

Sumber: travelnews

loading...