Peminat kpop sakan meraikan kemungkinan Han Seo Hee bakal disumbat ke dalam penjara selama 3 tahun

Image may contain: 4 people, closeup

Han Seo Hee, dalang yang bertanggungjawab di dalam beberapa kontroversi melibatkan idol-idol popular, telah didapati positif di dalam ujian air kencing dilakukan ke atasnya baru-baru ini.

Makluman tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri yang menjalankan ujian dadah ke atasnya pada 8 Julai 2020 kelmarin.

Han Seo Hee pernah dijatuhkan pergantungan hukuman penjara selama empat tahun pada tahun 2017 atas kesalahan menghisap ganja bersama dengan Choi Seung Hyun (T.O.P) daripada kumpulan Big Bang. Sekiranya tertuduh melanggar perintah mahkamah sepanjang menjalani hukuman pergantungan tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun. Begitulah apa yang berlaku pada Han Seo Hee nanti.

Dalam responnya terhadap pengumuman tersebut, Han Seo Hee sempat menciapkan perkataan “Lagi” sebelum memprivasikan akaun instagramnya itu.

Han Seo Hee telah mengundang kemarahan sebahagian peminat kpop yang bersimpati dengan pengunduran beberapa penyanyi idola mereka, antaranya Hanbin (B.I.) dan Wonho masing-masing daripada IKON dan Monsta X. Han Seo Hee pernah dijadikan sebagai saksi dalam kes penyalahgunaan dadah oleh Hanbin manakala untuk kes melibatkan Wonho pula, bekas pelatih YG itu dilihat berkomplot dengan seorang gadis tomboy bernama Jung Da Eun.

Sehubungan dengan itu, peminat kpop meraikan berita pemergian Han Seo Hee ke dalam penjara itu dengan tanda pagar #HanSeoHeeGoingToJailParty dinaikkan di ruangan twitter dan instagram sejak petang tadi.

Sumber: etoday

loading...