Perkahwinan Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee terlerai juga selepas 3 tahun dibina

Berita yang mengejutkan apabila Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee akhirnya ambil keputusan untuk berpisah setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga.

Pada 28 Mei, media Korea melaporkan bahawa kedua-dua pelakon tersebut telahpun bercerai baru-baru ini berikutan tiada lagi persefahaman. Pasangan ini mendaftarkan perkahwinan tiga tahun lepas iaitu pada Mei 2017, dan telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada September tahun yang sama. Mereka telah dikurniakan seorang anak pada Disember 2017 dan menurut sumber Dispatch Korea, Jo Yoon Hee telah mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Agensi Jo Yoon Hee; King Kong by Starship telah mengesahkan berita ini dengan memaklumkan bahawa pasangan ini telah bercerai secara rasmi pada 22 Mei lepas.

Agensi tersebut kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut :

Hello. Ini King Kong by Starship.

Pertamanya, kami ingin nyatakan kekesalan kerana kami perlu menyampaikan berita yang sedih ini. Kami di sini ingin membuat kenyataan rasmi mengenai berita perceraian pelakon Jo Yoon Hee.

Dimaklumkan bahawa Jo Yoon Hee dan Lee Dong Gun telahpun bercerai secara rasmi pada 22 Mei melalui proses timbang tara perceraian di Mahkamah Keluarga Seoul.

Kami harap anda yang telah menyatakan ucapan tahniah dan gembira dengan perkahwinan mereka dapat memahami keadaan yang sedang berlaku ini. Jo Yoon Hee akan bekerja keras untuk menyapa anda pada masa akan datang melalui aktiviti dan projek yang lebih baik.

Terima kasih.

Dalam pada itu, agensi Lee Dong Gun; FNC Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi berikutan berita penceraian pelakon tersebut.

Hello. Ini FNC Entertainment.

Pertama sekali, kami ingin nyatakan rasa kesal kerana perlu sampaikan berita yang tidak menggembirakan ini kepada peminat yang menyayangi Lee Dong Gun. Lee Dong Gun telah mencapai satu keputusan untuk bercerai setelah membuat pertimbangan yang serius dan pada 22 Mei menerusi proses timbang tara perceraian di Mahkamah Keluarga Seoul, dia telah menyelesaikan semuanya. Kami meminta maaf kerana menimbulkan keprihatinan banyak pihak, dan [Lee Dong Gun] akan bekerja lebih keras untuk memberikan kesan yang lebih baik sebagai seorang pelakon.

Terima kasih

Pasangan ini mula rapat dan bercinta ketika menjalani penggambaran drama “The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop” pada tahun 2017. Siapa tahu, jodoh merela terhenti pada tahun ketiga perkahwinan. Selamat maju jaya buat keduanya.

Sumber : sports.donga | Naver | OSEN

loading...