Jo Sung Ha pamer aksi mengerikan sebagai pemimpin kultus agama yang berpengaruh- OCN Save Me

Drama OCN Rescue Me yang baru ditayangkan kelmarin menampilkan pelakon Jo Seung Ha selaku Baek Jung Ki, iaitu ketua kumpulan kultus agama yang berpengaruh di kalangan pengikutnya dinamakan sebagai “Old Seon Won”. Baek Ji Young menyebarkan dakyah dengan menggambarkan dirinya sebagai jelmaan ‘roh kudus’ di mana pengikut boleh menyucikan dosa menerusi ritual yang dikendalikannya. Baek Ji Young mempengaruhi pengikutnya menyumbangkan duit dan juga mengarahkan wanita dijadikan bahan pemuas nafsu dirinya dengan harapan dapat menyembuhkan dosa-dosa mereka yang lalu. Jo Seung Ha menampilkan imej Baek Jung Ki yang sangat sadis dan mengerikan, selain seorang begitu gilakan ritual seks.

Dalam episod baru-baru ini, Baek Jung Ki memujuk seorang pengikutnya yang kehilangan ahli keluarga tersayang, dengan menjustifikasikan tangisan ini sebagai ‘salvation’ . Baek Jung Ki berkata , ” Aku berdiri di sini sebagai manusia, bukan sebagai paderi. Aku memohon penjelasan daripada ‘tuhan’ kenapa dia ambil nyawa anak yang tak bersalah ini. Ianya berlaku kerana engkau tak melindungi anak kau sendiri, kau bergantung harap pada si Dia. Kau terlalu kejam.”

Drama OCN Rescue Me yang diadaptasi daripada webtoon Sesang Bakeuro” oleh Jo Geum-San berkisarkan tentang  empat orang sekawan  yang diketuai oleh Han Sang Man (Taecyeon) menemui seorang gadis yang lemah dan tak berdaya yang merayu mereka untuk menyelamatkanya. Gadis tersebut merupakan mangsa penganiayaan kumpulan “Old Seon Won” sekaligus menyebabkan empat orang sekawan tersebut secara tak langsung terlibat dengan kegiatan kumpulan kultus agama tersebut. Ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad di cenel OCN korea, Rescue Me mempersembahkan genre drama korea yang jarang dieksplorasi sebelum ini.

Sumber: chosun.news

loading...