Taehyung BTS sakan bergelek depan TV, cabar netizen duduk di rumah saja

Taehyung BTS mempunyai rutin hariannya sendiri sempena kempen duduk di rumah kerana pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa di Korea.

Baru-baru ini, twitter rasmi BTS memuatnaik video Taehyung bergelek meniru tarian yang ditontonnya menerusi kaca TV. Video klip tersebut ialah tarian retro klasik dendangan Postmodern Jukebok dengan berlatar belakangkan lagu “Closer” nyanyian Chainsmokers ft. Kenton Che. Kapsyen videonya pula tertera, “Semua orang, jika korang bosan, bercakaplah dengan tv korang,” disertakan dengan tanda pagar #StayatHomeChallenge.

Video tarian Taehyung tertular dan menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengannya. Malah, beberapa video lain juga dimuatkan naik bagi menyahut cabaran dibuat oleh Taehyung.

Gambar karikatur daripada peminat sebagai tanda sokongan.

BTS kini terpaksa menghadkan aktiviti seni mereka walaupun album terbaru mereka, Map of The Soul 7 telah dilancarkan sejak sekian lama berikutan pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan mereka lebih banyak meluangkan masa di rumah.

Sumber: bts twt

loading...